Harian Metro

Pengguna berdepan masalah

-

Kuala Lumpur: Pengguna e-hailing mula berdepan masalah apabila terpaksa menunggu lebih lama berikutan penguatkua­saan peraturan Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) yang berkuat kuasa, semalam.

Selain menunggu lama, pelaksanaa­n PSV itu berkemungk­inan menyebabka­n pengguna e-hailing berdepan kenaikan kadar tambang khususnya pada waktu puncak.

Pengguna yang juga eksekutif sebuah syarikat media, Robiahtul Sofia Mohamad Nizam, 23, berkata, dia menggunaka­n khidmat e-hailing sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia terpaksa menghubung­i rakan sekerjanya untuk menumpang ke tempat kerja selepas menunggu hampir satu jam.

“Saya tunggu dari jam 7.30 pagi namun tiada pemandu muncul. Hampir setiap hari saya menggunaka­n khidmat e-hailing untuk ke LRT Mutiara Damansara sebelum ke tempat kerja.

“Sebelum ini tiada masalah. Pemandu akan tiba dalam tempoh beberapa minit. Hari ini (semalam) langsung tiada, akhirnya saya lewat ke tempat kerja,” katanya.

Bagi Muhammad Zharif Azfar, 27, dia berjaya mendapatka­n perkhidmat­an itu selepas menunggu setengah jam.

“Sebelum ini, pemandu tiba kurang 10 minit. Saya sudah jangkakan kelewatan ini dan kerana itu saya keluar lebih awal dari rumah,” katanya.

 ?? Robiahtul Sofia Mohamad Nizam ?? Sebelum ini tiada masalah langsung. Pemandu akan tiba dalam tempoh beberapa minit. Hari ini (semalam) langsung tiada, akhirnya saya lewat ke tempat kerja”
Robiahtul Sofia Mohamad Nizam Sebelum ini tiada masalah langsung. Pemandu akan tiba dalam tempoh beberapa minit. Hari ini (semalam) langsung tiada, akhirnya saya lewat ke tempat kerja”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia