Harian Metro

LANJUT 3 BULAN

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Pemandu e-hailing diberi tempoh lebih panjang

Mesyuarat Jemaah Menteri semalam memutuskan memberi tempoh tiga bulan lagi kepada pemandu

e-hailing melengkapk­an syarat dan peraturan yang ditetapkan perkhidmat­an e-hailing.

Ini bermakna semua pemandu e-hailing yang belum mematuhi syarat dan peraturan dibenarkan untuk beroperasi tiga bulan mulai semalam.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeria­n menerusi Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan mengambil pendekatan penguatkua­saan secara mendidik secara berperingk­at kepada pemandu e-hailing.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tiga bulan itu, mana-mana pemandu yang memandu tanpa lesen Kenderaan Perkhidmat­an Awam (PSV) atau memandu kenderaan yang tidak memenuhi syarat kenderaan akan diberi nasihat, pendidikan dan amaran akhir supaya melengkapk­an semua peraturan terbabit.

“Tempoh moratorium setahun diberikan kepada pemandu e-hailing untuk melengkapk­an syarat e-hailing yang berakhir semalam (kelmarin). Ini bermakna penguatkua­saan perkhidmat­an juga bermula bermula hari ini (semalam).

“Saya ingin tegaskan penguatkua­saan tetap berjalan dan tiada penangguha­n, tapi saya arahkan JPJ supaya memberi nasihat, pendidikan dan amaran akhir kepada pemandu e-hailing yang belum lengkapkan syarat serta peraturan,” katanya pada sidang media, semalam.

Ditanya sama ada tiga bulan mencukupi untuk pemandu e-hailing melengkapk­an syarat dan peraturan, Loke berkata, pihaknya sudah memberi tempoh yang mencukupi kepada pemandu berkenaan.

“Jika (kamu) tanya mereka, tiga tahun pun tidak cukup. Jadi tidak ada isu cukup masa atau tidak. Soalnya kenapa buat

(saat akhir).

“Kita sudah bagi masa yang cukup. Jadi saya harap tiada lagi alasan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Katanya, tempoh tiga bulan itu juga diberikan kerana ramai pemandu e-hailing yang belum melalui proses untuk mematuhi syarat berkenaan dan tidak mahu perkhidmat­an itu terjejas.

Loke berkata, beliau mendapati dalam dua minggu kebelakang­an ini, ribuan pemandu e-hailing melalui proses berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, 22,981 individu lulus ujian PSV.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia