Harian Metro

Nak buat cara sah

-

Petaling Jaya: Pelaksanaa­n peraturan Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) yang bermula semalam mendapat pelbagai reaksi daripada pemandu e-hailing.

Pemandu e-hailing yang mahu dikenali sebagai Mazlan, 40, berkata, dia sudah mendapatka­n lesen PSV yang dimohon dua bulan lalu.

“Walaupun saya sudah mendapatka­n lesen PSV, saya masih tidak boleh membawa penumpang kerana saya perlu menunggu Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) pula.

“Saya sudah mohon permit EVP itu sejak bulan lalu. Prosesnya terlalu lama, seterusnya membawa kesukaran kepada saya yang melakukan pekerjaan ini secara sepenuh masa.

“Jadi, buat masa ini saya tidak mempunyai pendapatan berikutan perlu menunggu permit EVP saya siap. Selepas itu, baru saya boleh bawa penumpang,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sebuah syarikat e-hailing di sini, semalam.

Menurutnya, memang ada segelintir pemandu e-hailing yang masih memandu walaupun tidak mempunyai lesen PSV dan juga permit EPV.

“Saya faham situasi mereka yang memerlukan wang terutama mereka yang membuat pekerjaan ini sepenuh masa. Namun, saya tidak sanggup mengambil risiko untuk berdepan dengan tindakan udang-undang jika ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Seorang lagi pemandu e-hailing, Rusydi Yaacob, 30,

berkata, dia hanya melakukan pekerjaan itu secara sambilan.

“Saya melakukan pekerjaan ini bagi menambah pendapatan, seterusnya menampung kos hidup yang tinggi berikutan tinggal di bandar.

“Setiap bulan, saya mampu meraih purata bersih RM800. Wang berkenaan saya buat bayar rumah sewa dan juga ansuran bulanan kereta.

“Bulan lalu saya memohon PSV dan kini menunggu giliran bagi menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan juga latihan selama enam jam.

“Sehingga kini permohonan saya sedang diproses. Hari ini saya dapat tahu daripada rakan e-hailing yang lain yang permit untuk mendapat EVP turut memakan masa,” katanya.

Nor Rasyidah Rosli, 24, berkata, dia baru memohon lesen PSV, semalam.

“Hari ini (semalam), baru saya tahu untuk mendapatka­n semua itu memakan masa. Jadi saya harap proses itu boleh dipercepat­kan,” katanya.

 ??  ?? RUSYDI memeriksa aplikasi Grab selepas memohon PSV di Petaling Jaya, semalam.
RUSYDI memeriksa aplikasi Grab selepas memohon PSV di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia