Harian Metro

Sorok rokok dekat sampah

-

Subang Jaya: Jijik dan meloyakan. Itu gambaran sesuai apabila rokok seludup dikesan disorok di dalam binaan petak sampah di lorong belakang kedai runcit di kawasan komersial USJ21 di sini, ditemui bersama bangkai tikus.

Penemuan tidak sengaja itu berlaku ketika penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) melaksanak­an operasi rutin Op Tikus untuk membersihk­an kawasan Zon 3 itu daripada mamalia perosak.

Ahli Majlis Subang Jaya, Lee Jen Uyin yang turut serta dalam operasi itu mengakui melihat lambakan pelbagai jenis rokok seludup popular diletakkan di dalam binaan petak sampah bersama bangkai tikus.

“Kami curiga apabila pekerja kedai runcit warganegar­a asing memberi alasan tidak memiliki kunci pintu petak sampah berkenaan.

“Selepas dipaksa, pekerja itu membuka kunci pintu petak sampah itu. Rupa-rupanya ada rak diubah suai untuk menempatka­n stok rokok seludup.

“Tempat itu sangat kotor dan busuk termasuk tengik bau bangkai tikus. Di sebelahnya, ada sangkar menyimpan ayam hidup sedangkan ternakan itu tidak dibenarkan dijual di kedai runcit kawasan komersial di bawah peraturan MPSJ dan syarat pelesenan,” katanya.

Sehubungan penemuan rokok seludup itu, Lee berkata pihaknya melaporkan kejadian kepada Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Rasikin Satiman untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia