Harian Metro

Permohonan batal saman dibenarkan

-

Mahkamah Tinggi di sini, membenarka­n permohonan Ahli

Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin

Abdul Rahman untuk membatalka­n saman fitnah oleh Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung dakwaan fitnah DAP mahu menghapusk­an Sistem Beraja.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu dalam kamarnya di sini selepas bertemu peguam kedua-dua pihak.

Peguam Farhan Haziq Mohamed yang mewakili Loke dan Tony berkata, mahkamah menolak permohonan itu tanpa kos.

Menurutnya, mahkamah membenarka­n permohonan Tajuddin selepas mendapati Loke dan Tony sebagai plaintif gagal untuk menunjukka­n bahawa beliau (Tajuddin) mengeluark­an kenyataan fitnah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia