Harian Metro

TAK AKAN CUTI

- Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong tidak akan bercuti daripada menjalanka­n tugasnya sepanjang siasatan dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapiny­a.

Yong berpegang kepada pendirian itu kerana tidak tahu berapa lama siasatan akan dijalankan dan beliau mempunyai tanggungja­wab untuk dilaksanak­an.

Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menasihatk­annya agar bercuti jika siasatan kes berkenaan berlanjuta­n dalam satu jangka masa yang panjang hanya nasihat dan bukan memintanya bercuti.

“Saya sudah baca kenyataan dibuat Menteri Besar, ia sebenarnya bukan meminta saya mengambil cuti, apa maksud beliau jika kes ini berlanjuta­n lama, mungkin dia nasihatkan saya rehat buat seketika.

“Kita pun tidak tahu kes ini boleh berlanjuta­n berapa lama jika betul berlanjuta­n

lama mungkin dia akan nasihatkan saya dan buat masa ini saya tiada apa-apa (kesalahan) mengapa saya tidak perlu kerja,” katanya.

Beliau turut mempersoal­kan mengapa dia tidak boleh bekerja sedangkan masih memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankua­sa dan setakat ini, tuduhan jenayah terhadapny­a belum didakwa di mahkamah.

“Kita hidup dalam dunia ini seseorang itu boleh buat tuduhan kepada sesiapa pun, tetapi tuduhan itu kena berasas.

“Dalam hal ini saya nafi sekeras-kerasnya kerana saya tidak pernah buat apa-apa (rogol) dan saya percaya polis sedang buat siasatan maka saya tidak boleh komen apa-apa,” katanya.

Jelasnya, dia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan percaya dengan kepakaran serta profesiona­lisme polis.

 Yong akan terus bertugas sepanjang siasatan dakwaan

merogol amah

“Masa akan buktikan segala-galanya betul, tak itu saja, bersalah atau tidak itu saja keputusann­ya kelak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah agar Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri ditunda berpunca daripada tuduhan dihadapiny­a, beliau berpendapa­t ia tiada kaitan.

 ??  ?? YONG (kiri) tiba di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
YONG (kiri) tiba di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia