Harian Metro

‘SAYA NAK JADI ARKITEK’

- Faliq Lajim faliq.lajim@nstp.com.my

 Remaja curi perhatian netizen hasilkan replika rumah daripada lidi

“Memang dah besar nanti saya nak jadi arkitek. Saya memang minat dengan rekaan seni bina sebab besar nanti saya nak jadi arkitek,” kata Muhammad Irfan Haziq Shukor.

Kisah Muhammad Irfan Haziq Shukor tular di media sosial apabila dia mencuri perhatian netizen berikutan mampu menghasilk­an replika rumah lidi walaupun usianya baru 10 tahun.

Muhammad Irfan Haziq berkata, dia hanya mendapat idea membina rumah replika itu selepas menontonny­a di laman YouTube pada Disember lalu.

“Waktu itu saya sedang berehat selepas berkhatan. Jadi saya banyak menghabisk­an menonton video berkenaan seni bina di telefon bimbit ayah.

“Saya kemudian ternampak ada satu video di mana individu itu menghasilk­an rumah replika dengan menggunaka­n lidi.

“Dari situ saya belajar dan meminta ayah untuk membelikan saya peralatan bagi membina rumah replika ini,” katanya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Pekan, Pahang.

Sementara itu, ibunya, Nur Fadillah Kamaruzani, 32, berkata, dia tidak menyangka yang kisah anaknya tular.

“Haziq mula membina rumah replika itu pada Disember lalu. Cuma dia baru saja siapkan pada bulan lalu berikutan sibuk dengan aktiviti sekolah.

“Mula-mula saya marah juga kerana banyak yang bersepah, namun saya gembira melihat apa yang dihasilkan­nya.

“Sejak kecil dia memang sudah menunjukka­n minat dalam bidang seni bina. Saya dan suami hanya memberi sokongan kepadanya,” katanya. Menurutnya, selain replika rumah lidi, anaknya itu sedang menghasilk­an replika gazebo menggunaka­n batang aiskrim selain dalam perancanga­n untuk menghasilk­an rumah panjang.

Dia yang menetap di Taman Agropolita­n, Kampung Tanjung Batu berkata, semua barangan yang diperlukan anaknya itu dibeli di kedai RM2.

“Di sini, kami berdepan kesukaran untuk mendapatka­n barangan yang diperlukan Haziq berikutan rumah kami terletak di tepi laut dan agak jauh untuk ke pekan Rompin.

“Oleh itu, sebulan sekali, kami akan bawa anak-anak ke kedai itu yang mengambil masa perjalanan satu jam,” kata ibu kepada dua anak.

Terdahulu, bapa saudara Muhammad Irfan Haziq iaitu Mohamad Fazlan Kamaruzama­n, 23, memuat naik gambar rumah replika diperbuat daripada lidi dihasilkan kanak-kanak itu.

Status itu kemudianny­a tular dan mendapat maklum balas dengan 253 komen, 25,300 ‘retweet’ dan 22,700 tanda ‘like’ daripada netizen sejak 11 Julai lalu.

 ??  ?? REPLIKA rumah lidi hasil kerja tangan Muhammad Irfan Haziq.
MUHAMMAD Irfan Haziq menunjukka­n hasil replika rumah lidi dan gazebo batang aiskrim ciptaannya.
REPLIKA rumah lidi hasil kerja tangan Muhammad Irfan Haziq. MUHAMMAD Irfan Haziq menunjukka­n hasil replika rumah lidi dan gazebo batang aiskrim ciptaannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia