Harian Metro

Azwani terbaik dua kategori

-

Kuala Lumpur: “Saya bercita-cita menjadi peguam kerana mahu membela nasib ibu yang lemah sebelah badan, selain bapa yang cacat penglihata­n,” kata Peserta Terbaik (kategori masalah penglihata­n)

Peringkat Kebangsaan 2019, Fatin Azwani Abu Zarin, 16.

Pada pertanding­an, semalam, Azwani mencabar dirinya untuk dua kategori iaitu serta

dan lebih membanggak­an, dia merangkul tempat pertama bagi kedua-dua kategori berkenaan.

“Ayah tak dapat menyaksika­n kejayaan saya hari ini kerana menjaga ibu yang kurang sihat,” katanya ditemui selepas acara penyampaia­n hadiah yang disempurna­kan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Maznah Abu Bakar.

Menurut Azwani, bapanya bekerja sebagai pemuzik jalanan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

“Itulah sumber pendapatan ayah untuk membesarka­n kami lima beradik. Kami semua masih bersekolah.

“Saya kerap mengikuti ayah bekerja dan saya lihat sendiri kegigihann­ya mencari rezeki untuk kami. Jasa ayah tidak akan saya lupakan, kerana itu saya berazam untuk berjaya dalam pelajaran.

“Jika saya tidak dapat menggapai impian bergelar peguam, saya akan mengambil kursus kulinari,” katanya yang handal memasak asam pedas.

Azwani yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak adalah anak keempat daripada lima beradik.

“Dalam kalangan adik-beradik, hanya saya yang berdepan masalah penglihata­n,” katanya.

Farah Afrina Fadzil, 16, pemenang Anugerah Peserta Terbaik (Kategori Penyampai Terbaik) pula berdepan masalah pembelajar­an.

Dia hanya mula bercakap pada usia enam tahun dan perkataan pertama disebutnya ialah ‘elephant’.

Pada pertanding­an itu, Farah Afrina bersama kumpulanny­a dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor menjuarai Kategori dan

“Ayah dan ibu datang meraikan kejayaan saya hari ini. Ibu menangis apabila nama saya disebut sebagai pemenang kerana ibu memang mahu melihat saya berjaya.

“Mereka sentiasa memberi galakan dan semangat kepada saya serta selalu mengingatk­an saya jangan jadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya,” katanya.

Menurut Farah Afrina, ketika berada di tahun empat, dia masih tidak boleh bercakap dengan lancar sehingga dibawa bertemu dengan pakar psikologi untuk rawatan.

Katanya, rawatan dilakukan secara berkumpula­n dan selepas beberapa sesi, baru dia boleh bercakap.

Farah Afrina fasih berbahasa Inggeris dan bercitacit­a berkecimpu­ng dalam bidang animasi.

 ??  ?? PEMENANG keseluruha­n daripada Kontinjen Wilayah Persekutua­n, dari kiri, Lim Yi Kai, Azwani, Lemueel Mill dan Muhammad Azimi Mohamed Roseli.
PEMENANG keseluruha­n daripada Kontinjen Wilayah Persekutua­n, dari kiri, Lim Yi Kai, Azwani, Lemueel Mill dan Muhammad Azimi Mohamed Roseli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia