Harian Metro

Bergaduh dapat resit tulisan tangan

-

Berang akibat hanya diberi resit tulisan tangan, seorang lelaki mengamuk sebelum bergaduh di sebuah premis di Batu Caves di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, suspek bersama isterinya berusia 38 tahun sebelum itu ke premis terbabit untuk minum.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor

Maarof berkata, kejadian berlaku apabila isteri suspek meminta resit cetakan komputer, namun pekerja memaklumka­n berlaku masalah teknikal.

Katanya, pekerja terbabit hanya memberi resit tangan menyebabka­n berlaku kekecohan apabila wanita itu mendakwa ditampar lelaki tidak dikenali di pipi kiri.

“Suami wanita terbabit kemudian meminta bantuan orang awam yang lalu-lalang di kawasan itu sebelum berlaku pergaduhan antara dia dengan pekerja premis minuman keras berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia