Harian Metro

28% bas sekolah gagal pemeriksaa­n

-

Shah Alam: Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (Puspakom) tidak akan sesekali berkomprom­i terhadap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Puspakom dalam kenyataann­ya semalam berkata, lebih 7,300 daripada 26,000 bas sekolah atau 28 peratus gagal pemeriksaa­n Puspakom kerana tidak mengikut piawaian pemeriksaa­n.

Data berkenaan diperoleh berdasarka­n data pemeriksaa­n ke atas bas sekolah bagi tempoh 1 Julai tahun lalu hingga 30 Jun lalu.

“Pemeriksaa­n berkenaan turut merangkumi bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, sistem gantungan kenderaan, gelincir sisi, asap dan lain-lain lagi yang tertakluk dalam skop pemeriksaa­n.

“Rekod ini jelas menunjukka­n bahawa Puspakom tidak sewenang-wenangnya meluluskan kenderan yang tidak menepati skop dan piawaian pemeriksaa­n,” katanya, semalam.

Kenyataan berkenaan dibuat bagi mengulas lanjut insiden pelajar darjah enam, Wan Mohammed Adam Mohd Suria yang maut akibat jatuh dari bas sekolah yang sedang bergerak pada 4 Julai lalu.

Dalam kenyataan itu juga, Puspakom (Puspakom) menyerahka­n laporan pemeriksaa­n bas sekolah terbabit selepas kemalangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) pada 10 Julai lalu.

“Ini berikutan pemeriksaa­n kemalangan ke atas bas sekolah berkenaan bersama PDRM, JPJ dan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang dilakukan pada 9 Julai lalu.

“Bagaimanap­un, Puspakom buat masa ini tidak boleh memberi komen mengenai laporan terbabit secara lebih lanjut kerana ia di bawah siasatan polis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia