Harian Metro

‘Video ragut ini dirakam secara tidak sengaja’

-

Kuala Lumpur: “Video ragut ini dirakam secara tidak sengaja. Ia dimuat naik di laman sosial supaya netizen dapat melaporkan kepada polis sekiranya mereka mengecam pelakunya,” kata Imran Hakim Lamin, 24.

Imran Hakim memuat naik video kes ragut berdurasi 55 saat di akaun Facebook miliknya semalam, dan setakat jam 6 petang, ia sudah mendapat 113,000 tontonan, 1,300 tanda suka dan dikongsi lebih 7,300 kali oleh netizen.

Video itu menunjukka­n rakaman seorang wanita berjalan melintasi lampu isyarat sebelum diragut penunggang motosikal di depan pusat beli-belah Sogo di sini.

Menceritak­an kejadian, Imran Hakim berkata, video itu dirakam jam 12.40 tengah hari pada 4 Julai lalu ketika dia dan rakannya, Muhammad Irshan Mohamad Rasul, 24, sedang berjalan dari Kompleks Pertama ke Sogo.

“Kebetulan saya membawa bersama dua kamera di mana satu daripadany­a digunakan untuk merakam visual perjalanan kami.

“Tiba-tiba, berlaku insiden ragut itu. Pelaku jenayah terbabit, motosikal ditunggang­nya selain wajah mangsa terakam jelas,” katanya.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian terbabit terakam selepas selesai makan tengah hari.

“Kami terus ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan jam 3.33 petang pada hari kejadian.

“Saya tidak memuat naik video itu pada hari kejadian kerana akur dengan nasihat polis bagi membolehka­n mereka membuat siasatan,” katanya dihubungi Harian Metro semalam.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, sebelum memuat naik video itu di Facebook, dia berkongsi rakaman terbabit di Youtube serta Twitter.

Namun, perkongsia­n di Facebook lebih mendapat perhatian netizen.

“Jumlah tontonan di Youtube dan Twitter tidak banyak. Di Facebook, rakaman itu mendapat 30,000 tontonan dalam tempoh sejam,” katanya.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunggu laporan penuh kesihatan dan bedah siasat ke atas warga Nigeria, Thomas Orhions Erwansiha yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil di sini, Selasa lalu.

Ketua Pengarahny­a Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memandang serius laporan berhubung lelaki itu ditahan secara tidak sah sehingga menyebabka­n kematian ketika dalam tahanan.

Menurutnya, lelaki itu ditahan dalam Op Bersepadu oleh JIM Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, jam 10.45 malam 4 Julai lalu.

Katanya, dalam operasi itu pihaknya menahan 20 warga asing untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Ketika serbuan terdapat warga Afrika berada di dalam kedai makan dan berkumpul di bawah pangsapuri itu bertindak melarikan diri dan enggan memberikan kerjasama.

“Subjek (Thomas) juga melarikan diri, namun ditahan sebelum dia mengemukak­an pasport dan hasil semakan mendapati dia memiliki pas pelajar,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan lelaki itu melarikan diri menimbulka­n

 ??  ?? IMRAN Hakim merakam insiden ragut di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur secara tidak sengaja dan memuat naik video berkenaan di Facebook miliknya.
IMRAN Hakim merakam insiden ragut di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur secara tidak sengaja dan memuat naik video berkenaan di Facebook miliknya.
 ??  ?? RAKAMAN kejadian ragut di depan kompleks beli-belah.
RAKAMAN kejadian ragut di depan kompleks beli-belah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia