Harian Metro

LUCT sahkan lelaki warga Nigeria miliki visa pelajar

-

Cyberjaya: Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) mengesahka­n, lelaki warga Nigeria, Thomas Orhions Erwansiha yang ditemui mati ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil di sini, Selasa lalu memiliki visa pelajar yang sah.

Pada kenyataan dikeluarka­n semalam, LUCT turut mengesahka­n seorang pegawai daripada Kedutaan Nigeria hadir ke universiti kelmarin bagi mengesahka­n status visa mangsa terutama ketika mangsa ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada malam 4 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa adalah calon doktor falsafah (PhD) dalam pengajian Pengurusan di LUCT.

“Kami menyifatka­n Thomas seorang anak muda yang penuh inspirasi malah, turut dihormati oleh warga LUCT.

“Thomas meninggalk­an seorang isteri dan dua anak kecil,” katanya.

Katanya, warga LUCT merakamkan takziah kepada keluarga Thomas dan rakannya.

Thomas ditemui mati ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Selasa lalu.

Sebelum ini, Thomas dikatakan tiba-tiba mengalami sawan ketika tidur kira-kira jam 12.05 tengah malam pada Selasa.

Pada 4 Julai lalu, Thomas ditahan pada Ops Bersepadu pada 10.45 malam oleh JIM Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di kawasan Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur dan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia