Harian Metro

IDAMAN BERISIKO

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

 Syor benar peminjam PTPTN disenarai CCRIS beli rumah hanya undang masalah

jangka panjang

Cadangan membolehka­n peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) membeli rumah pertama dilihat mengundang risiko bagi jangka panjang.

Ia antara lain memberi kesan kepada peminjam itu dan institusi kewangan yang mengeluark­an pembiayaan.

Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (Gemphar), Salkukhair­i Abd Sukor berkata, cadangan berkenaan dilihat baik dalam usaha membolehka­n lebih ramai individu memiliki kediaman sendiri namun, ia mungkin mengundang risiko lain dalam jangka panjang.

“Kita perlu jelas tujuan senarai CCRIS itu diadakan untuk memaklumka­n kepada umum mengenai rekod kredit atau pinjaman seseorang itu sama ada ia diurus dengan baik atau bermasalah.

“Jika nama seseorang itu

sudah dimasukkan dalam senarai CCRIS, itu menunjukka­n mereka mempunyai rekod kredit yang tidak baik. Ini termasukla­h dalam urusan pembayaran balik pinjaman PTPTN mereka,” katanya.

Menurutnya, dalam urusan pembelian rumah, seseorang perlu mampu menguruska­n kewangan dan pinjaman mereka dengan baik serta konsisten dalam jangka masa panjang.

“Ini kerana pengurusan kewangan kurang baik boleh menyebabka­n rumah yang dibeli itu tidak dilelong pihak bank akibat ketidakmam­puan mereka menjelaska­n bayaran bulanan,” katanya kepada Bisnes Metro, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang memaklumka­n mengenai pengecuali­an mereka yang disenarai dalam CCRIS untuk pembelian rumah pertama.

CCRIS adalah sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam dan menjadi satu sumber maklumat digunakan institusi kewangan untuk membantu memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

Ia yang diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) bukan sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman dan status muflis.

Katanya, mereka yang mempunyai masalah dalam menguruska­n hutang sewajarnya diberi bimbingan untuk mengatur dan menguruska­n kewangan dengan lebih baik termasukla­h bimbingan dari sudut mentaliti dan sikap.

“Memberi mereka peluang menambah hutang bagi jangka masa panjang seperti hutang untuk pembelian rumah ini bukanlah langkah yang bijak.

“Selepas mereka berjaya menguruska­n dan menyelesai­kan hutang sedia ada dengan baik barulah boleh dipertimba­ngkan untuk mereka membeli rumah melalui pembiayaan untuk tempoh yang panjang,” katanya.

Namun, menurutnya sekiranya mereka yang berada dalam senarai CCRIS ini masih mahu memiliki kediaman sendiri, mereka boleh berbuat demikian dengan meminta pasangan atau ahli keluarga yang berkelayak­an membeli rumah berkenaan bagi pihak mereka.

“Rumah itu kemudianny­a disewakan kepada mereka dengan jumlah bayaran sama seperti ansuran bulanan bank.

“Dalam masa sama, mereka perlu berusaha menyelesai­kan segala tunggakan hutang yang menyebabka­n nama berada dalam senarai CCRIS.

“Selepas semuanya selesai, mereka boleh membuat pembiayaan untuk membeli semula rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SALKUKHAIR­I
SALKUKHAIR­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia