Harian Metro

RM1.14 bilion dividen AHB sudah dibayar

-

Kuala Lumpur: Permintaan bagi unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sangat menggalakk­an meskipun berdepan cabaran dalam pasaran hartanah tempatan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, dana itu juga sudah membayar sebanyak RM1.14 bilion dalam bentuk dividen kepada pelabur Bumiputera sejak lapan tahun yang lalu.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengekalka­n dividen tahunan yang konsisten dalam lingkungan 5.8 peratus hingga 7.5 peratus setahun selepas zakat.

“Saya gembira melaporkan bahawa sejak pelancaran skim AHB pada November 2010, PHB mencapai kemajuan yang berterusan dan ketara dan sehingga kini memiliki lebih daripada lapan juta kaki persegi aset hartanah komersial.

“Kami mempunyai 22 bangunan di seluruh Malaysia, terdiri daripada pelbagai jenis kelas aset seperti bangunan pejabat, hospital pakar, pusat beli-belah dan gudang logistik.

“Sehingga kini, PHB mempunyai jumlah asset yang bernilai kira-kira RM10.3 billion,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun peratusan harta komersial yang dipegang oleh PHB dan AHB masih kecil berbanding pasaran keseluruha­n, pihaknya yakin bahawa dana terbabit membentuk model pelaburan yang baik setakat ini.

Katanya, AHB mempunyai potensi untuk terus berkembang dan memberi impak yang lebih besar pada masa yang akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia