Harian Metro

IProperty kemas kini laman web

-

iProperty.com Malaysia Sdn Bhd secara rasmi mengumumka­n ciri tambahan baharu dan kemas kini terkini di laman webnya yang bertujuan mengubah pengalaman serta cara rakyat Malaysia membeli dan menyewa hartanah.

Pengurus Besarnya, David Mawer berkata, iProperty.com.my kini boleh dilayari dalam Bahasa Malaysia dan laman web ini dapat dicapai kepada lebih 69 peratus penduduk tempatan.

“Ini terdiri daripada golongan Bumiputera yang bukan saja menjadi pasaran penting bagi kami, tetapi juga segmen yang mencari peluang untuk mendapatka­n pengetahua­n dan maklumat hartanah.

“Kini, kami boleh membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk pencarian rumah idaman mereka dengan menggunaka­n platform kami,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n.

Rakyat Malaysia kini boleh mencari prospektif hartanah dalam bahasa pilihan mereka dan boleh membuat pilihan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Melalui versi Bahasa Malaysia di laman web ini, pengguna akan mempunyai pengalaman yang sama seperti yang terdapat dalam versi Bahasa Inggeris.

 ??  ?? MAWER
MAWER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia