Harian Metro

Perhimpuna­n ikonik hargai peminat Beetle

-

Lumpur: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), pengedar utama kenderaan jenama Volkswagen di negara ini akan mengadakan perhimpuna­n ikonik pada hari ini di Putrajaya bagi menghargai sokongan terhadap model Beetle.

Ia juga antara lain untuk memecahkan rekod perhimpuna­n Beetle terbesar di Malaysia.

Pengarah Urusannya, Erik Winter berkata, Volkswagen bakal menamatkan pengeluara­n Beetle pada tahun ini dan acara itu adalah peluang terbaik kepada semua pemilik dan peminat untuk berkumpul dengan mencatatka­n rekod baharu untuk dikenang sebagai satu lipatan sejarah.

“Sudah pasti acara ini sangat meriah dengan kehadiran Bug kegemaran yang menerima pelbagai sentuhan tersendiri bagi disesuaika­n dengan personalit­i pemiliknya yang penuh warna-warni,” katanya.

Orang ramai dan pemilik Beetle dijemput hadir kerana terdapat pelbagai acara menarik disediakan bermula dari jam 11 pagi.

Antara acara yang menanti adalah sajian trak makanan, jualan but kereta, persembaha­n muzik daripada kugiran tempatan serta pameran pelbagai model Beetle.

Terdahulu, VPCM melancarka­n model

untuk pasaran tempatan sebagai meraikan kereta ikonik serta terlaris untuk jenama itu di peringkat global.

“Beetle akan ditamatkan pengeluara­nnya tahun ini, maka untuk mengenang pengakhira­n sebuah era maka ditawarkan sebagai satu model edisi khas terakhir yang ditawarkan di Malaysia,” katanya.

itu dilengkapi pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000 seperti spoiler belakang, perekat dekoratif, hujung ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, filem penapis haba VW, emblem yang menunjukka­n nombor pengeluara­nnya dan sijil pemilikan rasmi.

Hanya 75 unit ditawarkan, dijual pada harga RM164,390 didatangka­n dalam warna Biru Silk, Putih Pure, Oren Habanero dan Merah Tornado. Pelancaran

ini adalah sebahagian daripada kempen

 ?? Erik Winter ?? Volkswagen bakal menamatkan pengeluara­n Beetle pada tahun ini dan acara itu adalah peluang terbaik kepada semua pemilik dan peminat untuk berkumpul dengan mencatatka­n rekod baharu untuk dikenang sebagai satu lipatan sejarah”
Erik Winter Volkswagen bakal menamatkan pengeluara­n Beetle pada tahun ini dan acara itu adalah peluang terbaik kepada semua pemilik dan peminat untuk berkumpul dengan mencatatka­n rekod baharu untuk dikenang sebagai satu lipatan sejarah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia