Harian Metro

Cimpanzi tak murung lagi

-

Skopje: Seekor cimpanzi kembali ke Macedonia Utara selepas menghabisk­an masa 10 tahun di Belanda untuk merawat masalah kemurungan.

Daily Mail melaporkan, ‘bintang’ zoo Skopje itu, Koko pulang ke pangkuan penjaganya, Dragan Trajkovski, 49, yang ternyata gembira melihat haiwan kesayangan­nya.

Koko pulang bersama tiga lagi cimpanzi bernama Mimmi, Hiasl dan Rosi selepas dirawat oleh pertubuhan Perlindung­an dan Sokongan Haiwan.

Cimpanzi berkenaan dilahirkan pada 1995 namun ibunya mati dua tahun kemudian akibat tuberculos­is menyebabka­nnya kesunyian dan mengalami kemurungan.

“Sukar untuk menggambar­kan kegembiraa­n ini selepas 10 tahun dapat berjumpa Koko.

“Walaupun 10 tahun berlaku, Koko terus mengenali saya malah meminta dibelai dan dicium. Perasaanny­a ibarat menyambut kepulangan anak,” kata Trajkovski.

Koko juga mempunyai tiga lagi rakan cimpanzi di zoo berkenaan. Semuanya kini dikuaranti­n selama 20 hari sebelum diperkenal­kan kepada orang ramai. - Agensi

Walaupun 10 tahun berlaku, Koko terus mengenali saya malah meminta dibelai dan dicium”

Trajkovski

 ??  ?? KOKO kembali ke zoo Skopje. - Daily Mail
KOKO kembali ke zoo Skopje. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia