Harian Metro

2 JAM ATAS BUMBUNG

Budak lima tahun lari dari klinik sebelum dikhatan

-

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun sanggup duduk di atas bumbung klinik selama dua jam gara-gara terlalu takut untuk berkhatan dalam kejadian di Banten, Indonesia.

Daily Mail melaporkan, dia melarikan diri sebaik saja tiba bersama ibu bapanya di klinik di bandar Serang itu.

Situasi itu turut mengejutka­n doktor di situ, Dr Anik

Sutari sebelum memuat naik dan berkongsi gambar kanak-kanak terbabit di Facebook.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia melalui pengalaman itu sepanjang 20 tahun bertugas sebagai doktor.

“Sepanjang kerjaya profesiona­l selama 20 tahun dan mengkhatan­kan ribuan kanak-kanak, ini kali pertama saya melihat budak memanjat dan duduk di atas bumbung,” katanya. Bagaimanap­un, doktor dan ibu bapanya cuba untuk tidak menakutkan­nya kerana dikhuatiri terjatuh dari bumbung berkenaan.

Dr Anik berkata, mereka hanya berjaya memujuknya turun kira-kira dua jam selepas itu apabila ibu bapa kanak-kanak terbabit memanggil guru sekolah yang rapat dengannya.

“Sebaik gurunya datang dan memujuk, dia kemudian terus turun dari bumbung.

“Lebih mengagumka­n lagi apabila dia dengan rela hati masuk ke dalam klinik untuk berkhatan dan melalui prosedur tanpa dipaksa,” katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit langsung tidak menangis atau cuba melawan walaupun proses itu hanya selesai tidak sampai 1 jam kemudian.

 ??  ?? SEORANG kanak-kanak memanjat bumbung klinik kerana takut berkhatan. - Agensi
SEORANG kanak-kanak memanjat bumbung klinik kerana takut berkhatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia