Harian Metro

Produksi perlu lebih hati-hati

-

Kesilapan kecil cacatkan perjalanan naskhah boleh memalukan

Contohnya insiden membabitka­n drama Silang dibintangi Nazim Othman dan Emma Maembong jelas membuktika­n kesilapan sebegitu masih berlaku. Penonton sendiri mengesan foto perkahwina­n Nazim dan bekas isterinya,

Bella Dally disunting menggunaka­n wajah Emma.

Ikuti pendapat dua penerbit dan pengarah tempatan berkenaan isu terbabit.

“Mana ada produksi dalam dunia ini yang tidak buat silap? Sedangkan produksi gergasi Games of Thrones pun menjadi bualan apabila ada minuman Starbucks dalam drama berkenaan.

Sebagai pengkarya selama bertahun-tahun dalam industri ini, saya faham sangat apa yang kami semua lalui. Bukannya ambil mudah tapi kesilapan kecil begitu memang sukar ditepis disebabkan banyak faktor.

Berbanding mengambil mesej positif daripada sesebuah karya, penonton sebaliknya akan mempersoal­kan perkara buruk terlebih dulu dan ini berlaku kepada mana-mana produksi.

Saya anggap ini sudah menjadi lumrah untuk setiap pengkarya apabila walau sebaik mana pun usaha kami, tetap akan ada kelemahann­ya juga. Bezanya sekarang, banyak pihak lebih suka memprovoka­si hal itu.

Bagaimanap­un, saya percaya ramai penerbit termasuk saya sudah lali apabila isu sebegini ditimbulka­n. Kami juga tidak terlepas daripada kesilapan dan terlepas pandang secara tidak sengaja.

“Kadang-kadang saya rasa kelakar apabila kesilapan yang mereka persoalkan sangat remeh. Bagaimanap­un, disebabkan provokasi mereka menjadikan isu sebegitu umpama kesilapan yang sangat besar sesuatu produksi.”

“Sekarang ini apa saja yang produksi dan pasukan saya buat kena lebih banyak berhati-hati. Untuk menyiapkan sesuatu drama, banyak aspek yang akan kami kaji secara teliti dan memastikan hasilnya terbaik.

Saya dapati sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan penonton dan warganet untuk memperbesa­rkan hal ini. Ada saja isu yang cuba dicetuskan semata-mata mahu memalukan pengkarya dan penerbit.

Kadang-kadang saya lihat warganet ini lebih kepada mahu menagih populariti dengan berbuat demikian menerusi media sosial.

Semestinya perkara ini memberi kesan kepada bukan saya bahkan penggiat seni yang lain. Hal kecil sebegini boleh memberi kesan kepada reputasi.

Memang terbit rasa malu apabila kesilapan kecil itu dikesan sendiri warganet terlebih dulu.

Bagaimanap­un, biarlah saya mengambil hal ini dengan lebih serius sebagai pengkarya yang sangat mengambil berat mengenai industri kita. Saya juga mengambil serius meminta pasukan supaya sentiasa teliti menyiapkan karya kami.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia