Harian Metro

Hanya bertahan 55 jam

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Setiap orang pasti mengharapk­an perkahwina­n sekali dalam seumur hidup. Jadi, apabila mencari pasangan, semua akan berhati-hati.

Namun, tidak semua perkahwina­n berpanjang­an, malah ada yang hanya bertahan dalam tempoh begitu singkat.

Pastinya ia satu kejutan buat semua, apatah lagi ia membabitka­n selebriti.

Berikut 10 pasangan selebriti Malaysia dan Hollywood yang melalui perkahwina­n paling singkat.

Britney Spears dan Jason Alexander (55 jam)

Jika dibandingk­an kehidupan Britney dulu dan sekarang memang sangat berbeza.

Ketika awal karier, penyanyi pop Amerika Syarikat ini cantik dan seksi, tidak hairanlah apabila dia menjadi pujaan ramai lelaki termasuk bekas anggota Nsync, Justin Timberlake.

Namun, kisah percintaan Britney bagaikan ombak yang ada pasang dan surutnya.

Pada 2004, Britney berkahwin dengan Jason Alexander yang juga teman sepermaina­n ketika zaman kanak-kanaknya.

Pernikahan mereka menjadi berita utama semua media. Tetapi, usia perkahwina­n mereka sangat singkat, hanya bertahan selama 55 jam.

Carmen Electra dan Dennis Rodman (9 hari) Siapa yang tidak mahu mengahwini seorang model? Pastinya ia menjadi impian setiap lelaki.

Dennis Rodman yang juga atlet bola keranjang berjaya menawan hati Carmen Electra, seorang model cantik dan seksi yang pernah membintang­i siri popular, Baywatch.

Pasangan ini berkahwin pada 1998 di Las Vegas, Amerika Syarikat namun bercerai selepas sembilan hari.

Eddie Murphy dan Tracey Edmonds (14 hari)

Sesetengah orang berpendapa­t berkahwin dengan lelaki yang mempunyai sisi lawak akan membuatkan hidup mereka penuh dengan ketawa dan menyenangk­an.

Tetapi tidak kepada Tracey Edmonds, selepas berkahwin dengan Eddie kehidupan mereka banyak yang berubah.

Pasangan ini berkahwin pada malam tahun baharu 2018 di Pulau Bora-Bora. Terlihat romantik sayangnya perkahwina­n mereka hanya mampu bertahan selama 14 hari saja, masing-masing mengambil keputusan berpisah kerana selalu berbalah pendapat.

Drew Barrymore dan Jeremy Thomas (39 Hari)

Jika dilihat, kebanyakan filem lakonan Barrymore bergenre romantik. Namun kehidupan sebenarnya tidaklah seindah yang dilihat dalam filem lakonannya.

Kesilapan Barrymore

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia