Harian Metro

Perkukuh industri tempatan

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Norman mahu bawa penggiat seni jadi usahawan bertenaga mahir

Bergelar selebriti bukanlah penghalang untuk mengambil tahu perkembang­an politik negara kerana agenda seperti itu sentiasa diperlukan bagi mengubah industri seni tempatan.

Biarpun sudah 20 tahun menjadi ahli Umno, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim tiba-tiba mencuri tumpuan ramai apabila menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Putrajaya, baru-baru ini.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia berkata, dia tahu ramai terkejut dengan perkembang­an itu.

Katanya, penyertaan dalam parti baharu dibuat selepas melihat arus perkembang­an politik Malaysia yang berubah dan akan terus berubah.

“Saya mahu membantu industri seni tempatan, mengukuhka­n agenda agama, bangsa dan negara bersama pemerintah,” katanya.

Walaupun ramai mengenalin­ya sebagai selebriti, Norman menegaskan ramai tidak tahu pembabitan­nya dalam pendidikan dan keusahawan­an.

“Saya rasakan kita memerlukan perubahan seiring perubahan tampuk kepemimpin­an negara. Industri kreatif sememangny­a berperanan penting dalam memacu ekonomi Malaysia dan ia perlu selari dengan pemerintah terkini,” katanya.

Bekas anggota kumpulan KRU itu berkata, dia memiliki 27 tahun berpengala­man dalam industri filem, kandungan televisyen dan muzik dari dalam dan luar negara.

“Apabila bersama pemimpin kerajaan baharu, saya mahu membantu industri hiburan dengan membawa mereka sebagai usahawan yang bertenaga mahir. Pastinya melalui itu, saya akan membantu rakan artis yang banyak berjasa kepada industri kreatif tempatan,” katanya.

Menurut Norman, walaupun menyertai Bersatu, jasa dan inisiatif kerajaan terdahulu tidak boleh dinafikan tetapi memerlukan nafas baharu.

“Apabila kerajaan berubah artis juga memerlukan idea, dasar dan pelaksanaa­n yang lebih baik. Ia bertujuan mencapai objektif jangka pendek, sederhana dan panjang,” katanya.

Bagi Norman, sukar untuknya meninggalk­an Umno, namun mengubah haluan kerana perjuangan Bersatu sama dengan parti pembangkan­g.

“Matlamat dua parti iaitu Umno dan Bersatu tidak berubah, yang berbeza hanya pemimpin dan logo. Saya menyertai Umno pada 1999 kerana pacuan idea yang hebat Tun Dr Mahatahir Mohamad dan hari ini, ia juga perkara yang sama,” katanya.

Menurut Norman, bagi selebriti tanah air yang lain mereka mempunyai sokongan parti tersendiri dan ia terpulang pada pendirian masingmasi­ng.

 ??  ?? NORMAN menyertai
Bersatu, baru-baru ini.
NORMAN menyertai Bersatu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia