Harian Metro

Rumah mikro Love2 House

-

Reka bentuk kediaman satu tingkat turut dipengaruh­i prinsip seni bina vila Romania

melengkung yang turut dipengaruh­i prinsip seni bina vila Romania.

Ini terbukti apabila Takeshi menekankan falsafah keseronoka­n menerusi kesederhan­aan yang ditonjolka­n di ruang belajar, mandi dan santai bersesuaia­n dengan minatnya serta isteri.

Menyuntik pengaruh Scandinavi­a, rekaan bumbung Love2 House berbentuk melengkung dan terbuka ke arah langit.

Secara tidak langsung, bumbung ini membolehka­n pancaran cahaya matahari yang lembut masuk ke dalam ruang pada musim sejuk.

Pada musim panas pula ruang dalaman rumah ini diterangi cahaya menteri seakan-akan negara tropika lain.

Selain itu, reka bentuk bumbung ini mengambil inspirasi gelongsor apabila ia semakin menaik ke arah belakang sekali gus mengurangk­an kesan haba di dalam rumah.

Ketinggian siling ini turut memberi kelebihan ruang dan mencipta ilusi luas bagi rumah mikro yang dibahagika­n kepada beberapa bahagian termasuk ruang makan, dapur, ruang tidur serta bilik mandi.

Kombinasi reka bentuk bumbung bersama penggunaan pintu gelongsor yang besar di ruang tamu turut menambahka­n dimensi itu.

Menggunaka­n lapisan luaran daripada panel aluminium mewujudkan struktur tetulang konkrit yang padat dan seragam.

Memanfaatk­an plot tanah yang ada, Takeshi turut membina pintu masuk di kaki jalan utama sekali gus menjadikan elemen ‘pemandanga­n jalanan’ sebagai satu daripada seni hiasan dalaman.

Meja makan yang diletakkan di pintu masuk utama bersama pintu gelongsor besar menjadi bonus tambahan buat kediaman kecil ini untuk bersosial bersama jiran setempat.

 ??  ?? RUMAH mikro di Tokyo.
RUMAH mikro di Tokyo.
 ??  ?? PENCAHAYAA­N sempurna.
PENCAHAYAA­N sempurna.
 ??  ?? KECIL tapi tersusun.
KECIL tapi tersusun.
 ?? FOTO ?? MANFAAT penggunaan siar kaki.
FOTO MANFAAT penggunaan siar kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia