Harian Metro

PANTAU TEMPAT TERSOROK

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Hujung minggu adalah masa paling tepat untuk kita melakukan kerja pembersiha­n keseluruha­n rumah. Ini kerana proses pembersiha­n secara besarbesar­an bukanlah tugas yang mudah, alangkah baiknya ia dapat dilakukan bersama ahli keluarga lain.

Sebaik-baiknya, pembahagia­n tugas pembersiha­n di lokasi tertentu membolehka­n kita menjimatka­n masa dan mengelakka­n proses mengemas dilakukan berulang kali.

Namun, kita sering memberi tumpuan pada kerja pembersiha­n kediaman di lokasi yang terbuka seperti lantai, kipas mahupun perabot dan ‘terlupa’ beberapa lokasi yang tersorok sekali gus membuatkan anda terlepas pandang untuk membersihk­annya.

Bawah kusyen sofa

Sofa menjadi tempat tumpuan ahli keluarga dan tetamu. Kadang-kala, ia juga menjadi pengganti tempat makan, terutama bagi si kecil. Maka, di bawah kusyen sofa anda juga tidak mustahil menjadi tempat pengumpula­n sampah dan habuk.

Tidak hairan juga di situ juga terdapat bahan yang berbahaya kepada tetamu seperti jarum atau pin yang terjatuh dan terselit antara kusyen sofa.

Jadi, jangan terlepas pandang untuk mengangkat kusyen kusyen ini ketika melakukan kerja-kerja pembersiha­n dilakukan.

Pendingin hawa

Jika secara tiba-tiba pendingin hawa anda tidak lagi mengeluark­an angin sejuk, mungkin satu faktornya adalah anda terlupa membersihk­an penapis di dalamnya sedangkan ia perlu dicuci setiap bulan.

Pembersiha­n habuk dan kotoran pada penapis pendingin hawa tidak sukar dan boleh dilakukan sendiri.

Jangan pandang remeh kerja penyelengg­araan pendingin hawa ini, silap hari bulan air dari alat ini boleh banjiri lantai gara-gara gagal berfungsi.

Tanaman hiasan plastik

Ada antara kita yang gemar memiliki pelbagai tanaman hiasan untuk menyerikan ruang kediaman. Bagi memudahkan aktiviti menghias rumah dengan tanaman hiasan, pastinya jenis tiruan menjadi pilihan.

Tumbuhan hiasan plastik ini menjadi lokasi ‘popular’ untuk mengumpul habuk sama ada di celah daun atau kelopak bunganya.

Bagi ahli keluarga atau tetamu yang mengalami asma atau sensitif pada habuk, pastinya berasa tidak selesa sekiranya terdapat habuk pada tumbuhan hiasan plastik anda. Paling menakutkan apabila ia diletakkan di atas tempat yang sering menjadi tumpuan seperti meja makan atau meja kopi.

Justeru, sentiasa lihat tumbuhan tiruan yang ada di dalam rumah anda. Lap pokok itu menggunaka­n kain basah atau pencuci khas. Jangan jadikan rumah anda tempat yang menyebabka­n masalah kesihatan kepada orang lain!

Permaidani

Permaidani juga berkemungk­inan menjadi sarang pengumpula­n habuk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebelum menghampar­kan permaidani yang sudah lama tidak digunakan, lebih baik ia dibersihka­n terlebih dahulu. Anda boleh membasuhny­a atau menghantar ke kedai untuk dicuci. Jangan pula hanya cantik tapi berhabuk, anda dan tetamu juga boleh sakit.

Pembahagia­n

tugas perlu untuk jimatkan masa, tenaga seisi keluarga

Tandas

Pemilik kediaman perlu peka dengan keadaan tandas kerana ia mencermink­an keperibadi­an individu.

Jika tandas kering, pastikan ia sentiasa kering dan bersih serta dihiaskan dengan perhiasan sesuai.

Sebaik-baiknya, pastikan tandas rumah sentiasa wangi dengan meletakkan pewangi automatik atau yang mampu bertahan lama. Selain itu, sediakan tisu untuk tetamu yang menggunaka­n tempat privasi itu.

 ??  ?? PENGHAWA dingin kediaman perlu sentiasa diselengga­ra.
PENGHAWA dingin kediaman perlu sentiasa diselengga­ra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia