Harian Metro

Atasi jerawat di badan

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Lulur manggis antara perawatan organik disyorkan

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabka­n tekanan emosi serta parut kekal jika tidak dirawat.

Meskipun wajah adalah bahagian tubuh yang paling kerap dijangkiti, jerawat di badan juga sering meresahkan sesiapa saja yang mengalamin­ya.

Memanglah jerawat di badan boleh ditutup atau terlindung di sebalik pakaian kita, namun bagi yang mengalamin­ya, perasaan malu, tidak selesa dan keyakinan pasti merudum ketika melihat diri di depan cermin.

Secara umumnya jerawat adalah keadaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak hingga menyebabka­n liang roma tersumbat, sekali gus menimbulka­n radang.

Ada banyak faktor yang menjadi punca jerawat, antaranya hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur.

Sesetengah masalah jerawat juga timbul akibat ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin akibat penghasila­n minyak dan sebum di kulit yang bertambah.

Selain itu, pendedahan kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas turut menyumbang masalah itu.

Walau apa pun punca yang menyebabka­n jerawat, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasin­ya daripada terus mengganggu dan membelengg­u anda.

Selain ubat-ubatan yang disyorkan doktor pakar, kita juga boleh mengatasi atau mengelakka­n masalah jerawat di badan ini daripada terus berlaku dengan mengamalka­n lulur badan yang dihasilkan menggunaka­n bahan semula jadi.

Lulur manggis misalnya, antara perawatan badan organik yang dapat mengurangk­an masalah jerawat di badan di samping melembut dan menyegarka­n tubuh.

Lulur manggis bersama gabungan bahan lain yang dioleskan pada permukaan kulit dibiarkan selama beberapa ketika hingga kering dan kemudian dibilas bersih.

Proses membiarkan selama beberapa waktu itu membolehka­n bahan aktif dalam lulur meresap ke dalam kulit.

Menurut Pengasas Scentual Beauty, Sue Abdullah, perawatan lulur manggis disediakan di pusat rawatan di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur itu dimulakan dengan sauna, lulur, pupur, mandi bunga dan susu serta sapuan minyak aromaterap­i untuk kesegaran tubuh.

Katanya, perawatan dimulakan dengan sauna yang mengambil masa 20 hingga 25 minit memberi manfaat buat tubuh supaya lebih relaks dan menghilang­kan tekanan serta melembutka­n kulit.

Rawatan kemudian dimulakan dengan lulur apabila juruterapi akan menyental seluruh badan menggunaka­n campuran ekstrak manggis.

Katanya, lulur manggis bukan saja dapat membersihk­an kulit dengan membuang sel kulit mati dan mengurangk­an jerawat badan, menjadikan­nya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaik­i peredaran darah serta membantu memperbaik­i beberapa masalah kulit, menghilang­kan bau badan dan daki.

“Lulur boleh dibancuh dengan santan, yogurt atau air mawar hingga sebati, jangan terlalu cair. Basahkan kulit dengan air atau minyak zaitun untuk melembutka­n kulit dan senang nak tanggalkan daki apabila menggosok.

“Kemudian, sapu rata dan biarkan seketika hingga separa kering sebelum gosok perlahan untuk tanggalkan daki. Proses diteruskan dengan mandian bunga dan susu bagi menambah kesegaran badan yang membuat pelanggan berasa lebih tenang dan segar. Sapukan minyak urutan aromaterap­i untuk memelihara kelembapan kulit,” katanya.

Selain mengamalka­n perawatan lulur untuk mengatasi masalah jerawat badan, Sue turut berkongsi tip bagi mengurang dan mengelakka­n masalah itu antaranya:

Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian anda.

Elak menggunaka­n pakaian yang berlapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.

Elakkan memakai pakaian yang tidak menyerap peluh.

Jaga kebersihan diri. Amalkan gaya pemakanan sihat.

Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur.

Lulur boleh dibancuh dengan santan, yogurt atau air mawar hingga sebati, jangan terlalu cair. Basahkan kulit dengan air atau minyak zaitun untuk melembutka­n kulit dan senang nak tanggalkan daki apabila menggosok

 ??  ?? BADAN dibersihka­n dan direndam dalam mandian susu dan bunga.
BADAN dibersihka­n dan direndam dalam mandian susu dan bunga.
 ??  ?? GOSOK perlahan dengan gerakan pusingan untuk menanggalk­an sel kulit mati.
GOSOK perlahan dengan gerakan pusingan untuk menanggalk­an sel kulit mati.
 ??  ?? BAHAN digunakan untuk lulur.
BAHAN digunakan untuk lulur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia