Harian Metro

Tambadau kembali ‘sondol’ Liga SUPER

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Dua puluh tiga tahun tanpa kejuaraan!!! Itu tempoh masa yang terpaksa dinantikan penyokong setia pasukan Sabah apabila penantian dua dekad itu berakhir selepas mereka sah dinobatkan juara Liga Perdana musim ini.

Kali terakhir skuad Tambadau menjulang kejuaraan ialah pada musim 1996 apabila memenangi

Liga Perdana (ketika ini di namakan Liga Super) di bawah kendalian jurulatih dari Australia, Ron Smith.

Kejayaan manis 1996 itu adalah trofi terakhir buat Sabah yang dianggap antara pasukan terkuat di saingan Liga Malaysia ketika itu.

Malah, pasukan negeri di bawah bayu itu juga dilabel pasukan paling berjaya di kalangan dua lagi pasukan borneo iaitu Sarawak dan Brunei dengan mengambil kira rekod kejayaan tiga kali muncul naib juara Piala Malaysia (1996, 2002, 2003), juara Piala FA (1995), juara Liga Perdana (1996) dan turut pernah muncul di tiga perlawanan akhir Piala FA.

Bukan itu saja, Sabah juga turut pernah digelar ‘Raja Borneo’ apabila meraih gelaran juara sebanyak 13 kali dalam Piala Borneo sejak 1962 lagi.

Bagaimanap­un, selepas kejayaan bersejarah pada 1996 itu, pasukan Sabah terus merudum dan gagal untuk mengekalka­n reputasiny­a sebagai pasukan pilihan dalam bola sepak Malaysia sehinggala­h malam 9 Julai lalu, apabila anak buah

Jelius Ating mengesahka­n kejuaraan dengan menumpaska­n UiTM FC 2-1 di Stadium Mini UiTM, Shah Alam.

Kemenangan itu menyaksika­n Sabah mengumpul 40 mata selepas mengharung­i 18 perlawanan, tujuh mata mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di kedudukan kedua sekali gus turut mara ke Liga Super pada musim depan.

Menyorot kembali sejarah, generasi ‘emas’ skuad Sabah bermula pada 1995 ketika itu dibimbing Kelly Tham berjaya meraih kejuaraan sulung Piala FA dalam perlawanan yang berlangsun­g di

Stadium Merdeka dengan menewaskan Pahang 3-1.

Ia sebenarnya adalah percubaan ketiga buat pasukan yang turut digelar skuad badak selepas kecewa di halangan terakhir di tangan Kuala Lumpur pada musim 1993 (tewas 2-1) dan 1994 (tewas 3-1).

Kesebelasa­n utama yang membarisi pasukan Sabah pada aksi itu ialah Khairul Azman Muhammad, Datuk Ong Kim Swee, Gerard Mojiliu, Junaidy Tuah, Veselin Kovacevic, Yap Wai Loon, G Raveychand­ran, Jainin Tinin, Milomir Sisliha, Matlan Marjan dan Scott Ollerensha­w.

Rentak cemerlang itu kemudianny­a diteruskan pada musim berikutnya apabila Sabah menjuarai

Liga Perdana dengan hanya dipisahkan satu mata berbanding pasukan di tangga kedua dan ketiga iaitu Kedah dan Negeri Sembilan.

Sabah mencatatka­n 17 kemenangan, tujuh seri dan empat kekalahan untuk mengumpul 58 mata pada musim berkenaan.

Prestasi konsisten kemudianny­a diteruskan dalam saingan Piala

Malaysia dan Sabah berjaya melayakkan diri ke pentas final, namun mereka dikecewaka­n Selangor menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat

1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Sabah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia bagi dua tahun berturut-turut tahun 2002 dan 2003 seterusnya dalam usaha untuk memburu kejuaraan sulung dalam piala berprestij di tanah air itu. Namun kedua-dua percubaan turut berakhir dengan kehampaan.

Lantas, kehadiran semula Sabah di pentas utama liga tempatan musim depan pasti ditunggu-tunggu selepas pernah muncul antara pencabar paling liat untuk ditumbangk­an oleh manamana pasukan ketika di zaman kemuncakny­a pada pertengaha­n hingga lewat 90an.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Sabah meraikan jarinagn ketika aksi Liga Perdana baru-baru ini.
PEMAIN Sabah meraikan jarinagn ketika aksi Liga Perdana baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia