Harian Metro

ARENA TENANG KUNCI KEJAYAAN

- Reuters

Laungan kata-kata semangat untuk diri sendiri, genggaman tangan serta jeritan ketika mengembali­kan bola seakan tidak kedengaran, malah suaranya juga semakin perlahan ketika Serena Williams mengesahka­n tiket ke final perseorang­an wanita Wimbledon buat kali ke-11 sepanjang kariernya, semalam.

Mungkin bintang Amerika Syarikat itu merasakan semua kebiasaann­ya itu tidak perlu dilakukan apatah lagi dia langsung tidak ditentang lawan dari Republik Czech, Barbora Strycova di separuh akhir yang menyaksika­n Serena menang mudah 6-1 6-2.

Mungkin juga Serena mahu menyimpan semua ‘pendorong semangatny­a’ itu untuk aksi final menentang bekas pemain nombor satu dunia dari Romania, Simona Halep, malam ini.

Serena kini hanya selangkah lagi untuk menyamai catatan Margaret Court yang menjulang 24 kejuaraan perseorang­an wanita di Grand Slam.

Semalam, pemain berusia 37 tahun itu tampil lebih tenang ketika bermain dan pergerakan­nya juga dilihat semakin teratur tanpa sebarang tekanan.

Serena langsung tidak berdepan masalah di sebahagian besar perlawanan dan ternyata, Barbora bukan lawan setanding dengannya.

Selain servis yang dilakukann­ya cukup sempurna, pukulan kilas Serena juga sukar dikembalik­an Barbora dan ramai yang beranggapa­n dia sudah mencapai tahap sama seperti sebelum melahirkan anak perempuann­ya, Olympia pada 2017.

Begitupun, tekanan di final pasti berlainan apatah lagi dia tumbang di dua edisi Grand Slam sebelum ini - tewas di tangan Angelique Kerber di Wimbledon tahun lalu dan ditundukka­n Naomi Osaka di final New York.

Tetapi Serena yang tampil selaku pemain tertua dalam era profesiona­l yang bermain di final Grand

Slam malam ini, sedia untuk berdepan apa saja kemungkina­n.

“Jika dilihat kembali, untuk berada di dua final tahun lalu juga sudah cukup untuk membuatkan saya sendiri tidak percaya,” katanya kepada wartawan. “Kini saya berada di tempat berbeza. Maksudnya,

(gambar)

saya lebih tenang.

“Saya tidak mempunyai sebab untuk kesal andai saya gagal. Saya tidak banyak bermain sejak sebulan lalu dan saya sudah cukup gembira dapat bermain di final.

“Saya tidak akan terlalu seronok tetapi pada masa sama, saya tidak akan menyerah mudah. Saya akan tetap melawan.”

 Serena mudah jinakkan Barbora, bakal

bertemu Simona pada final Wimbledon

 ??  ?? SIMONA
SIMONA
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia