Harian Metro

Tunisia sekat impian Madagascar

-

Kaherah: Tunisia menamatkan catatan gemilang Madagascar di Piala Negara Afrika selepas menundukka­n pasukan kepulauan itu 3-0 di suku akhir, semalam.

Ferjani Sassi memberikan pendahulua­n buat Tunisia pada babak kedua di Stadium Al Salam sebelum Youssef Msakni menambah jaringan pada minit ke-60.

Naim Sliti menghasilk­an gol ketiga pada masa kecederaan, sekali gus membawa Tunisia ke separuh akhir dan bakal bertemu Senegal, awal pagi Isnin.

Tunisia yang digelar Carthage Eagles, layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak muncul juara di kejohanan yang berlangsun­g di tempat sendiri pada 2004.

“Kami adalah pasukan pertama yang menewaskan Madagascar. Kami perlu melakukann­ya untuk layak dan membuktika­n kualiti yang kami ada,” kata jurulatih Tunisia, Alain Giresse.

“Apabila anda berada di tahap ini di mana kami sudah menunggu sejak bertahun-tahun lalu, kami pasti mahu melangkah sejauh mungkin. Kami tidak mencuri kejayaan ini daripada sesiapa... sebaliknya kami berhak untuk menang.”

Tunisia melangkah ke suku akhir Piala Negara Afrika sebagai pasukan yang tidak pernah menang aksi peringkat kumpulan serta pusingan kedua dan sekadar mencatat empat kali seri.

Selepas aksi di Suez dan Ismailia, ini adalah perlawanan pertama skuad utara Afrika itu di Kaherah dan mereka pantas menguasai perlawanan tetapi gagal mengancam hinggalah sepakan percuma yang diambil Khazri ditepis penjaga gol Madagascar, Melvin Adrien.

Ghailene Chaalali sekali lagi memaksa Adrien melayangka­n badannya manakala penjaga gol Tunisia, Mouez Hassen pula langsung tidak diuji. - AFP

 ??  ?? SASSI (tengah) diasak pemain Madagascar, Anicet Andrianant­enaina.
SASSI (tengah) diasak pemain Madagascar, Anicet Andrianant­enaina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia