Harian Metro

TAK PANDAI ‘GUNA ’PEMAIN

Strategi Kamara gagal bawa Ivory Coast mara separuh akhir

- Reuters

Pemilihan pemain ke Piala Negara Afrika yang dibuat jurulatih Ivory Coast, Ibrahim Kamara pernah menimbulka­n rasa tidak puas hati banyak pihak dan pagi semalam, mereka tersingkir di suku akhir selepas tumbang menerusi penentuan penalti 3-4 di tangan Algeria.

Kamara tetap mempertaha­nkan keputusann­ya dan menganggap apa yang berlaku ke atas skuad Les Elephants itu adalah petanda positif terhadap masa depan anak buahnya.

Ivory Coast terikat 1-1 sepanjang tempoh permainan dengan Algeria di Suez dan mereka berpotensi untuk menyerlah di Piala Negara Afrika, tetapi gagal menggunaka­n sepenuhnya ‘kepakaran’ yang ada pada pemain bintang seperti Nicolas Pepe dan Wilfried Zaha.

Pemain Crystal Palace, Zaha tidak disenaraik­an sepanjang dua aksi kumpulan sambil Kamara turut mengetepik­an Pepe untuk aksi pagi semalam.

Ledakan 22 gol yang dilakukan Pepe untuk kelab Ligue 1, Lille musim lalu menjadikan dia buruan beberapa kelab utama, tetapi dia langsung tidak berupaya menjaringk­an gol di Mesir.

Zaha pula kelihatan tidak yakin dengan diri sendiri sekali gus membuatkan pasukannya tempang tanpa peledak utama.

Kamara berkata, pemilihan ke atas kesebelasa­n utamanya dilakukan mengikut keperluan semasa.

“Kami tidak akan membuat pertukaran jika tidak ada keperluan,” kata jurulatih itu. “Kami akan membuat perubahan selepas melihat kemampuan lawan.”

Ivory Coast yang juga juara Afrika 2015, tidak lagi dibarisi generasi emas seperti ketika era Didier Drogba serta Yaya Toure dan sejak itu, mereka sudah menggunaka­n khidmat tiga jurulatih yang diharap mampu melonjakka­n semula pasukan.

Pepe dan Zaha dianggap kunci untuk kebangkita­n generasi baharu di Ivory Coast.

 ??  ?? PENYERANG Ivory Coast, Jonathan Kodjia (tengah) diapit dua pemain Algeria.
PENYERANG Ivory Coast, Jonathan Kodjia (tengah) diapit dua pemain Algeria.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia