Harian Metro

‘Pencapaian Madagascar sukar diulangi semula’

-

Kaherah: Jurulatih Madagascar, Nicolas Dupuis (gambar) mengaku sukar bagi mereka untuk mengulangi pencapaian layak ke suku akhir Piala Negara Afrika pada masa depan.

Skuad kepulauan Lautan Hindi itu gagal meneruskan mimpi indah mereka apabila ditundukka­n Tunisia 0-3 semalam, sekali gus tersingkir daripada saingan.

“Saya sangat bangga dengan apa yang sudah pemain saya lakukan sejak kejohanan ini bermula. Saya wajar mengucapka­n tahniah dan pemain saya berhak untuk dihormati,” kata Dupuis yang bakal menamatkan kontraknya selepas tamat kejohanan di Mesir itu.

“Pada edisi ini, kami sudah meletakkan tahap yang terlalu tinggi. Begitupun, saya tidak mahu memikirkan soal masa depan saya. Ia tidak penting. Selagi kontrak saya belum tamat, saya akan terus setia dengan Madagascar.”

Dupuis mengambil alih jawatan pengurus Madagascar pada 2017 dan sejak itu, beliau berjaya mengubah pasukan yang pernah menduduki ranking ke-190 dunia itu. Beliau sudah boleh dianggap berjaya apatah lagi melangkah ke pusingan akhir Piala Negara Afrika selepas terpaksa mengharung­i pusingan kelayakan.

“Saya tidak tahu sama ada Madagascar mahu terus menggunaka­n khidmat saya,” kata Dupuis. “Apa yang saya tahu, bukan mudah untuk kami mengulangi pencapaian seperti ini. Banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Kami perlu teruskan usaha ini kerana jika tidak, ia akan menjadi sia-sia. Kami perlu bekerja keras untuk meletakkan bola sepak di tempat sepatutnya.

“Saya tidak menyesal dan tidak akan pernah menyesal. Kami tewas di tangan pasukan yang sangat hebat.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia