Harian Metro

Faizal sedia berkorban

-

menghadapi Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan dan dia diberikan pelepasan seketika untuk menemani isterinya ketika proses melahirkan Faleeq sebelum kembali semula membantu skuad kebangsaan.

Sementara itu mengulas peluangnya terpilih ke siri jelajah Eropah, Faizal mengakui teruja untuk turun beraksi. “Sebab kami akan bertemu antara pasukan terbaik di dunia. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana sebelum ini sukar untuk kami bertemu dengan pasukan gergasi,” katanya.

Skuad negara akan berkelana di Eropah hampir sebulan bermula 21 Julai ini dengan bertemu pasukan seperti Jerman, Belanda, England dan Belgium sebagai persiapan untuk menghadapi aksi play off kelayakan Sukan Olimpik yang dijadual berlangsun­g pada November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia