Harian Metro

Zii Jia berdepan laluan getir

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek

mengakui Lee Zii Jia sudah bersedia untuk beraksi di Terbuka Indonesia minggu depan walaupun bakal berdepan laluan sukar.

Menurutnya, sepanjang tempoh rehat panjang ini mereka memang mempersiap­kan perseorang­an lelaki nombor satu negara itu untuk menyertai kejohanan besar.

"Ini adalah satu platform buatnya selaku pemain yang berada di ranking ke-17 kalau tidak sekarang, mungkin pada masa akan datang," kata Misbun yang disambung kontraknya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam tempoh setahun.

Menurut legenda perseorang­an

(gambar)

lelaki negara itu, beliau sedar Zii Jia bakal berdepan laluan getir dan persiapan mereka sebelum ini memang ke arah itu.

Jika berjaya melepasi halangan pertama iaitu menumpaska­n wakil Thailand, Khosit Phetpradab, pemain berusia 21 tahun ini berkemungk­inan akan berjumpa pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long.

Seandainya mampu menumpaska­n pilihan kelima itu, seorang lagi wakil China, Shi Yuqi dijangka menantinya di suku akhir.

"Kita tidak mahu ranking dia (Zii Jia) saja tinggi tapi prestasi belum ke arah itu. Kita akan sentiasa merangka program sebaik mungkin dan dia perlu menerima modul latihan bagaimana untuk menghadapi kejohanan besar.

"Saya lihat dia memang bersedia untuk beraksi dan setidak-tidaknya dia sendiri tahu bagaimana perlu berdepan saingan bertaraf 1,000. Jika tidak dia tidak akan tahu seperti mana dia berdepan

Chou

Tien

Chen dari Taiwan sebelum ini," katanya.

Selain Zii Jia, turut beraksi di kejohanan yang berlangsun­g dari 16 hingga 21 Julai itu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia