Harian Metro

FELDA United mahu kekal rentak cemerlang

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

yang kini berada pada kedudukan tangga keempat carta liga selepas kempunan pada aksi menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan catatan seri 2-2.

“Kali ini kami menghadapi perlawanan lebih penting untuk mengutip tiga mata di laman sendiri dan kami tak boleh lagi keciciran mata Kuantan: FELDA United FC yang mendapat tonik selepas menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) Rabu lalu, mahu meneruskan aksi cemerlang itu apabila bertemu PKNP FC di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung, malam ini.

Jika menang ke atas kelab dari Perak itu, ia akan membantu The Fighters menduduki tangga ke-10 Liga Super, sekali gus mengelak daripada berada dalam zon penyingkir­an.

Pemain tengah, Christie Jayaseelan berkata, skuad itu tidak boleh terlepas mata kerana baki dua lagi perlawanan menyaksika­n pertembung­an sukar menentang Pahang dan Kedah.

“Sudah pasti kami tiada pilihan lain dan perlu menang

(gambar)

memandangk­an saingan semakin sengit dan hebat antara kelompok pasukan teratas Liga Super yang hampir sampai ke penghujung­nya.

“Saya berharap semua pemain segera bangkit daripada kekecewaan, dan pastinya kami mahukan kemenangan yang dapat mengukuhka­n kedudukan kami dalam kelompok atas carta.

“Pemain perlu mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri, tingkatkan lagi fokus sepanjang tempoh 90 minit perlawanan, berjuang berhabis-habisan sehingga wisel penamat,” katanya.

Victor juga memaklumka­n beliau sudah berbincang mengenai strategi terbaik untuk digunakan pada hari perlawanan dengan ketua jurulatih, Aidil Sharin Shahak ke atas PKNP dan seterusnya bersedia untuk perlawanan bertemu Pahang dan Kedah.

“Saya percaya kemenangan ke atas KL (kelmarin) memberi semangat kepada semua pemain untuk meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

Christie yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, fokus utama The Fighters ketika berkunjung ke Manjung adalah mencari gol awal bagi memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah.

“Kami tidak boleh memberi ruang kepada mereka dan dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, pasukan kami juga perlu lebih berhati-hati dengan menyerap setiap asakan mereka,” katanya.

Ketika ini, FELDA United menduduki tangga ke-11, manakala PKNP pula ke-10 iaitu masing-masing mengutip 15 mata. yang sedang mengikuti kursus kejurulati­han sehingga 19 Julai ini.

“Saya bersama-sama penolong jurulatih Azmi Mohamed tetap merujuk kepada Aidil Sharin bagi memastikan semua perancanga­n yang akan kami lakukan tepat dan berkesan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Kedah meraikan kemenangan ke atas Terengganu FC pada Rabu lalu.
PEMAIN Kedah meraikan kemenangan ke atas Terengganu FC pada Rabu lalu.
 ??  ??
 ??  ?? ANDRAG
ANDRAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia