Harian Metro

TFC AKUR

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

 Skuad Penyu terima keputusan FIFA selepas rayuan bawa import baharu ditolak

Terengganu FC (TFC) akur dengan keputusan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) yang tidak berganjak dengan keputusann­ya sebelum ini tidak meluluskan permohonan pengambila­n pemain import baharu walaupun selepas tiga kali rayuan dibuat.

Berikutan itu skuad Penyu hanya mempunyai satu lagi ‘talian hayat’ dengan menyenarai­kan pemain pasukan ‘adik’ iaitu Terengganu FC II (TFC II) bagi memperkasa­kan lagi skuad itu terutama dalam saingan Piala Malaysia yang bakal bermula Ogos ini.

Berkemungk­inan besar pemain pertahanan TFC II, Serhii Andrieiev dari Ukraine atau pemain tengah kelahiran Ivory Coast, Dechi Marcel bakal

dinaikkan ‘pangkat’ untuk menyarung jersi TFC.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddi­n Abdul Karim berkata, PBSNT akan memanfaatk­an sistem ‘feeder club’ bagi menyerap pemain TFC ll yang berpotensi bagi membantu pasukan ‘parent club’ TFC mengharung­i baki perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal bermula Ogos depan.

“Memandangk­an permohonan kami tidak diterima, kita akan gunakan kelebihan ‘feeder club’ bagi membantu skuad TFC mengharung­i saingan itu.

“Perkara ini saya serahkan kepada pemangku ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain untuk uruskan, tapi kita sebenarnya tidak risau kerana pemain TFC ll juga sudah buktikan keupayaan mereka ketika diserap dalam pasukan TFC,” kata Hishamuddi­n.

Sebelum ini, kelewatan 30 saat mengemukak­an dokumen penting kepada FIFA menyebabka­n badan induk bola sepak dunia itu menolak permohonan PBSNT mendapatka­n Sijil Perpindaha­n Antarabang­sa (ITC) pemain import baharunya dari Brazil, Luis Gustavo Camilo untuk menggantik­an pemain kelahiran Montenegro, Igor Zonjic yang digugurkan kerana prestasi tidak konsisten.

Selepas kegagalan itu, PBSNT membuat permohonan khas dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi membolehka­n persatuan itu mendaftar pemain import yang sudah ada ITC di Malaysia memandangk­an kes itu adalah terpencil disebabkan kelewatan 30 saat.

Namun sehingga semalam, PBSNT belum mendapat khabar gembira itu daripada MFL biarpun PBSNT masih mengharapk­an diberi kelonggara­n untuk mendaftar pemain import baharunya bagi mengukuhka­n lagi jentera pertahanan pasukan.

 ??  ?? PEMAIN TFC giat menjalani latihan.
PEMAIN TFC giat menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia