Harian Metro

PBSNT setuju cadangan wujud pengarah teknikal PESTABOLA MERDEKA KEMBALI?

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mewajibkan semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) mempunyai pengarah teknikal disambut baik Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Malah, PBSNT sebelum ini pun sudah bercadang untuk melantik pengarah teknikal bagi melahirkan pemain berkualiti bermula dari peringkat bawahan, namun disebabkan kekangan kewangan cadangan yang dikemukaka­n pada tahun lalu itu terpaksa ditangguh.

Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim

mengakui cadangan itu adalah baik demi pembanguna­n bola sepak negeri dan negara kerana ia bermula daripada peringkat akar umbi seperti yang dilaksanak­an kelab bola sepak terkemuka di peringkat antarabang­sa.

“Saya fikir cadangan itu bagus

(gambar)

demi pembanguna­n sukan bola sepak dan kita akan sambut baik jika diwajibkan kepada persatuan negeri kerana impaknya sangat baik kepada semua pasukan.

“Lagipun, sebelum ini kita sudah bercadang untuk mewujudkan jawatan itu, tetapi disebabkan kekangan kewangan, cadangan untuk mewujudkan jawatan itu terpaksa ditangguhk­an,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya setakat ini belum ada arahan secara rasmi lagi daripada badan induk bola sepak negara itu berhubung perkara berkenaan.

Awal minggu ini Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan FAM akan menetapkan jawatan pengarah teknikal itu sebagai mandatori dalam pelesenan kelab kerana jawatan itu amat diperlukan dalam melaksanak­an landskap bola sepak moden.

Hamidin menegaskan kegagalan dan kedegilan persatuan bola sepak negeri mewujudkan jawatan itu amat Vietnam pun kita boleh beri tentangan walaupun ranking mereka tinggi pada kedudukan 96 ketika ini.

“Saya kalau boleh nak jumpa Vietnam balik. Saya kira pasukan di ranking 90 lebih hingga 130 dunia kita boleh jemput dan ia baik untuk ranking Malaysia kalau kita boleh menang menentang mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi temuramah khas di Wisma FAM, Kelana Jaya, baru-baru ini.

Memegang status sebagai kejohanan tertua Asia mengatasi Piala Raja Thailand dan Piala Korea Selatan, Pestabola Merdeka adalah kejohanan jemputan yang mula membuka tirainya pada 1957.

Kejohanan berprestij itu dikesali kerana ia bukan saja boleh membantutk­an usaha melahirkan pemain berkualiti, tetapi turut menjejaska­n ekosistem bola sepak di peringkat akar umbi.

Beliau juga berharap semua pasukan yang bertanding dalam Liga M lebih serius mewujudkan jawatan itu kerana ia saling melengkapi dengan pembanguna­n di peringkat akar umbi dan tanpa dua elemen itu mutu bola sepak negara tidak mampu melangkah lebih jauh.

 FAM cadang anjur semula kejohanan

dengan saingan lebih kompetitif

diadakan bertujuan meraikan ulang tahun kemerdekaa­n Malaysia dan meskipun dijadikan acara tahunan, ia pernah tidak dilangsung­kan untuk beberapa edisi atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Edisi pertama Pestabola Merdeka diadakan pada Ogos dan September 1957 yang menyaksika­n Pilihan Liga Hong Kong menjuarai kejuaraan sulung itu sebelum Korea Selatan dan Jepun turut mewarnai saingan itu sehingga 1980-an.

Bagaimanap­un, Malaysia menunjukka­n taring sebagai tuan rumah apabila menjuarai 10 edisi termasuk dua yang dimenangi skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) diikuti Korea Selatan, Myanmar dan Indonesia.

Malah, Pestabola Merdeka turut bersifat ‘universal’ yang menyaksika­n ia dirangkul pasukan dari luar benua Asia seperti Pilihan Buenos Aires, Pasukan Olimpik Czechoslov­akia, Hamburger SV dan SK Admira Wacker.

“Orang nak taja ada, tapi halangan utama adalah mencari tarikh sesuai saja. Kalau saya tangguhkan liga pada Ogos atau September, saya perlu bincang dengan TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Liga M).

“Apapun, saya nampak sama ada bulan Januari atau Disember, tapi kena bincang betul-betul sebelum boleh umumkan nanti,” katanya.

 ?? Hamidin Mohd Amin ?? Orang nak taja ada, tapi halangan utama adalah mencari tarikh sesuai saja. Kalau saya tangguhkan liga pada Ogos atau September, saya perlu bincang dengan TMJ ”
Hamidin Mohd Amin Orang nak taja ada, tapi halangan utama adalah mencari tarikh sesuai saja. Kalau saya tangguhkan liga pada Ogos atau September, saya perlu bincang dengan TMJ ”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia