Harian Metro

TUMPAS JENAYAH LAUT Pintas cubaan bawa keluar barang kawalan RM20,000

-

Lima kes tangkapan bernilai RM251,175.57 dalam Op Bersepadu

Tawau: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat warga Indonesia dan seorang juragan tempatan selepas disyaki cuba menyeludup keluar pelbagai barang kawalan melalui muara Sungai Haji Kuning, di sini, kelmarin.

Semua mereka yang menaiki sebuah bot kargo dikesan dalam keadaan mencurigak­an oleh bot peronda APMM di kawasan berkenaan, kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, siasatan awal mendapati bot kargo berkenaan dipercayai bergerak dari jeti Logpond, di sini dan dalam perjalanan menuju ke Sungai Melayu di Pulau Sebatik.

Katanya, ada empat penumpang masing-masing dua lelaki dan dua wanita dewasa berusia 43 hingga 64 tahun yang memiliki pasport sah dalam bot kargo berkenaan.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut mendapati bot kargo itu membawa 4,650 kilogram (kg) gula pasir, 200kg tepung gandum Cap Rama-Rama, 250kg tepung gandum Cap Murai dan 697kg minyak masak dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran Indonesia,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, juragan bot juga gagal mengemukak­an dokuman atau permit daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguan (KPDNHEP) untuk membawa keluar barang kawalan berkenaan.

“Bot kargo terbabit kemudian ditahan bersama barang kawalan dianggarka­n bernilai RM20,000 dan diiring masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, APMM terus meningkatk­an pemantauan dan penguatkua­saan dari semasa ke semasa walaupun Op Rentas Sempadan bersama ESSCOM tamat, baru-baru ini.

 ??  ?? DIESEL dan petrol serta bot yang berjaya dirampas PPM dalam Op Bersepadu sekitar
perairan Kudat.
DIESEL dan petrol serta bot yang berjaya dirampas PPM dalam Op Bersepadu sekitar perairan Kudat.
 ??  ?? BARANG kawalan yang ditahan APMM di kawasan muara Sungai Haji Kuning.
BARANG kawalan yang ditahan APMM di kawasan muara Sungai Haji Kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia