Harian Metro

Premis sorok rokok seludup

-

Miri: Jabatan Kastam

Diraja Malaysia (JKDM) memperheba­tkan pemantauan dan tindakan bagi membantera­s penjualan rokok dan minuman keras seludup di negeri ini.

Rabu lalu, sepasukan anggota Bahagian Penguatkua­saan JKDM Miri melakukan serbuan di sebuah kedai di Vista Perdana, di sini, hasil risikan dan maklumat orang awam.

Pengarah JKDM Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, hasil pemeriksaa­n lanjut, pihaknya menemui sejumlah rokok dan minuman keras pelbagai jenama dipercayai belum lulus Kastam disimpan di kedai terbabit.

Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan bagi membantu siasatan dalam serbuan jam 3.20 petang itu.

“Individu terbabit disyaki menjual rokok dan minuman keras belum lulus Kastam dan disyaki menggunaka­n ruang rumah kedai terbabit sebagai tempat simpanan barang larangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sharifah Halimah berkata, jumlah rampasan sebanyak 174,800 batang rokok dan 1,834.81 liter minuman keras pelbagai jenama.

“Nilai rampasan itu dianggarka­n RM37,066.35 dan jumlah cukai RM190,225.69,” katanya.

 ??  ?? ROKOK dan minuman keras pelbagai jenama dirampas Bahagian Penguatkua­saan JKDM, Miri di sebuah rumah kedai bertempat di Vista Perdana.
ROKOK dan minuman keras pelbagai jenama dirampas Bahagian Penguatkua­saan JKDM, Miri di sebuah rumah kedai bertempat di Vista Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia