Harian Metro

RUMAH RANAP

4 penghuni selamat kediaman dua tingkat musnah akibat tanah runtuh

- Recqueal Raimi am@hmetro.com.my

Empat beranak terselamat selepas rumah dua tingkat yang mereka diami musnah akibat tanah runtuh di Jalan Tamparuli-Ranau, di Kampung Balabakan, Kiulu, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang, tanah dari lereng bukit setinggi 20 meter runtuh disusuli dua lagi runtuhan jam 9 malam dan keesokanny­a, kira-kira jam 12 tengah hari.

Penghuni, Charleys Joseph, 37, berkata, ketika kejadian dia dan anaknya berusia lima tahun berada di tingkat atas manakala suami dan seorang lagi anak berusia sembilan tahun berada di bawah menonton televisyen.

“Ketika itu hujan lebat, tidak lama kemudian kami dikejutkan dengan gegaran kuat dan saya sangka gempa bumi.

“Tidak lama kemudian, suami menjerit memanggil saya turun dan terkejut melihat timbunan tanah dan air hujan memasuki rumah di tingkat bawah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mujur runtuhan tanah tidak menimpa suami dan anaknya kerana jarak dari tempat mereka menonton televisyen kira-kira lima meter.

“Runtuhan menyebabka­n dinding pada dua bilik tidur musnah dan terdapat timbunan tanah selain masuk hingga ke ruang tamu, bilik tidur dan dapur,” katanya.

Charleys berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, semalam.

Kerja pembersiha­n menggunaka­n jentolak dan lori dilakukan bermula semalam.

 ??  ?? KEADAAN tanah runtuh yang menjejaska­n rumah Charleys di Jalan Tamparuli-Ranau di Kampung Balabakan Kiulu, Tuaran.
KEADAAN tanah runtuh yang menjejaska­n rumah Charleys di Jalan Tamparuli-Ranau di Kampung Balabakan Kiulu, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia