Harian Metro

Polis cari waris keluarga Tam

-

Polis mencari waris lelaki orang kurang upaya

(OKU) yang meninggal dunia di Hospital Kota Belud Isnin lalu.

Tam Su Kim, 58, meninggal dunia jam 5 petang akibat cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superinten­den Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa tidak sedarkan diri di hospital berkenaan jam 10 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati mangsa luka di kiri kepala akibat terjatuh di kawasan hospital terbabit.

“Mangsa yang juga OKU diberi bantuan kecemasan, namun meninggal dunia pada petang hari sama akibat cedera di kepala,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa belum dituntut dan usaha mencari warisnya giat dilakukan.

“Orang ramai yang mengenali mangsa atau waris diminta datang ke Balai Polis Kota Belud atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Roslinah Opao di 088-976600,” katanya.

 ??  ?? TAM
TAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia