Harian Metro

TIADA ROMBAKAN

- Muhd Amirul Faiz Ahmad am@hmetro.com.my

Kedudukan dua menteri kekal walaupun Jerip keluar PSB

Kedudukan dua Menteri Kabinet daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam Kabinet negeri kekal seperti biasa walaupun Menteri Muda Pengangkut­an Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil kini tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, masih terlalu awal untuk membicarak­an sama ada Jerip patut memohon masuk menjadi ahli

satu daripada empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Satu-satulah, saya hanya mengetahui berkenaan tindakan Jerip keluar PSB pada tengah hari semalam (kelmarin),” katanya selepas menghadiri Pesta Minda dan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), di Auditorium Kompleks Chung Hua Middle School No 1, di Jalan Padungan, di sini, semalam.

Kelmarin, Jerip yang juga Timbalan Presiden PSB melakukan kejutan selepas mengumumka­n keluar parti dan menyatakan sokongan penuh kepada GPS.

Selain Jerip, seorang lagi wakil PSB masih berada dalam Kabinet kerajaan negeri adalah Datuk Seri Wong Soon Koh yang memegang dua portfolio penting, sebagai Menteri Kewangan II dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-dagang.

Kedudukan Soon Koh juga dalam Kabinet adalah unik kerana parti pimpinanny­a tidak diterima sebagai komponen GPS yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Parti Rakyat Bersatu (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PSB adalah parti serpihan SUPP diterajui Presidenny­a yang juga Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Sementara itu, Kui Hian, menjemput Jerip secara terbuka kembali menganggot­ai SUPP demi memastikan suara politik Sarawak kembali kuat.

“Bukan sahaja Jerip, semua ahli yang meninggalk­an parti SUPP boleh kembali...tidak ada sebarang syarat. Sesiapa sahaja boleh masuk semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan jemputan kembali ke pangkuan SUPP termasuk membabitka­n Soon Koh.

 ?? FOTO: HAZREEN MOHAMAD ?? ABANG Johari (dua dari kiri) melancarka­n Majlis Pesta Minda dan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), semalam.
FOTO: HAZREEN MOHAMAD ABANG Johari (dua dari kiri) melancarka­n Majlis Pesta Minda dan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia