Harian Metro

Bantu masyarakat Iban di bandar

-

Kuching: Kerajaan Sarawak sedang berusaha menangani isu kehidupan dihadapi masyarakat Iban di bandar raya ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan sejahtera setaraf kaum lain.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, antara isu dihadapi komuniti Iban yang tinggal di Kuching ialah segelintir mereka menduduki kawasan setinggan, tidak bekerja, tiada tanah perkuburan dan anak mereka berdepan pelbagai isu sosial seperti penyalahgu­naan dadah.

Sehubungan itu, beliau berkata, ketua masyarakat Iban di Kuching sudah diarah menubuhkan jawatankua­sa bagi mengumpul data mengenai masyarakat Iban di Kuching.

Beliau berkata, data itu harus diserahkan kepadanya menjelang penghujung Ogos atau selewat-lewatnya pada September.

“Menerusi data dikumpulka­n nanti, kita dapat merancang program yang sewajarnya untuk membantu komuniti Iban di bandar ini.

“Sudah tentu mereka mahukan kehidupan yang lebih baik seperti mempunyai pekerjaan, rumah, anak bersekolah tanpa terjerumus dalam penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Malam Penghargaa­n Tuai Rumah Bahagian Kuching di sini, kelmarin.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Lo Khere Chiang dan Temenggung Pelilih Kuching, Datuk Bernard Agan Assan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia