Harian Metro

Kembara promosi industri agro

-

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menganjurk­an Program Kembara Media MOA 2019 selama tiga hari di Sabah bermula, semalam hingga Ahad.

MOA menerusi satu kenyataan berkata, program itu disertai 60 peserta membabitka­n pegawai kementeria­n, pegawai perhubunga­n awam dari pelbagai jabatan serta agensi di bawah MOA dan pengamal media.

Program julung kali itu akan menjelajah beberapa daerah di Sabah bertujuan mempromosi dan memberi publisiti secara meluas terhadap industri agro makanan dan pertanian di negeri itu.

Selain itu, ia menjadi medium untuk prapublisi­ti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK 2019) dan MAHA 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan timbalanny­a, Sim Tze Tzin serta Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan turut hadir di beberapa lokasi terpilih yang akan dilawati dalam program itu.

 ??  ?? ROMBONGAN peserta Kembara MOA bergambar di hadapan Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd di Kundasang.
ROMBONGAN peserta Kembara MOA bergambar di hadapan Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd di Kundasang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia