Harian Metro

PERCUTIAN TERAKHIR

Lelaki parah, isteri dan adik maut kereta dinaiki bergesel lori tangki diesel

- Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Percutian keluarga bersama anak bongsu serta menantunya di bandar raya ini menjadi kenangan terakhir buat Shamsor Baba, 54, selepas kedua-duanya meninggal dunia pada kemalangan jalan raya petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, dua anak Shamsor iaitu Khairulzam­an, 27, dan Muhamad Ashraf, 19, serta menantunya, Nur Al Ashiqin Abdul Kadir, 38, yang menaiki Perodua Viva terbabit kemalangan dengan lori tangki muatan diesel di Kilometer 31, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Kemalangan itu mengakibat­kan Khairulzam­an yang memandu kereta parah manakala isterinya, Nur Al Ashiqin meninggal dunia di lokasi.

Muhamad Ashraf pula disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ketika menerima rawatan.

Shamsor berkata, sebelum kejadian, mereka sekeluarga ke rumah anak sulungnya di Klebang, Ipoh sejak Rabu lalu menaiki dua kereta dari Kampung Sejuk Kuala Atok Sega, Raub, Pahang.

“Kami ke rumah anak sulung saya untuk menziarahn­ya yang tidak berapa sihat selain bercuti termasuk berkelah di Lata Ulu Chepor dan beriadah di Bulatan Sultan Azlan Shah,

Meru Raya pada Khamis.

“Saya mengajak mereka balik bersama hari ini (semalam) namun Khairulzam­an dan Muhamad Ashraf tetap ingin balik semalam (kelmarin). Menantu turut ikut sekali untuk pulang ke Raub,” katanya ditemui di Jabatan Forensik HRPB malam kelmarin.

Menurutnya, tidak lama selepas ketiga-tiganya bertolak, dia mendapat panggilan telefon daripada polis memaklumka­n mengenai kemalangan itu lantas bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi jam 4 petang, saya lihat Khairulzam­an berada dalam ambulans manakala isterinya tersepit di bahagian penumpang hadapan disahkan sudah meninggal dunia.

“Muhamad Ashraf pula cuba diselamatk­an dan dikeluarka­n oleh anggota bomba. Bagaimanap­un, Muhamad Ashraf yang juga anak bongsu disahkan meninggal dunia ketika di wad kecemasan,” katanya.

Menurut Shamsor, Khairulzam­an yang juga anak kedua daripada lima beradik kini kritikal.

Katanya, jenazah Muhamad Ashraf dikebumika­n di Kampung Sejuk, Kuala Atok manakala jenazah Nur Al Ashiqin pula dibawa ke Felda Tersang 2, Raub untuk dikebumika­n atas permintaan ibu arwah.

 ??  ?? KEADAAN kereta dinaiki tiga sekeluarga yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 31 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
KEADAAN kereta dinaiki tiga sekeluarga yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 31 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia