Harian Metro

‘Dia dah kata nak bakar rumah’

-

Klang: “Dia (suspek) sudah beritahu sejak beberapa hari lalu mahu membakar rumah, tak sangka pagi ini dia betul-betul membakarny­a,” kata Mohd Danial Abdullah, 28.

Dia sekeluarga serta anak lelakinya berusia lima bulan nyaris menjadi mangsa korban dalam kebakaran yang memusnahka­n empat rumah di Jalan Landasan, Kampung Bukit Kuda, di sini, semalam.

“Ketika itu saya, isteri, ibu mentua dan anak dalam rumah berehat, tiba-tiba ada jiran jerit suruh selamatkan diri.

“Saya dengan tidak berbaju terus mendukung anak dan semua ahli keluarga lain turut berlari keluar rumah,” katanya yang sudah enam tahun menyewa kediaman berkenaan.

Mohd Danial yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, ketika kebakaran berlaku, suspek lelaki berusia 36 tahun itu berlegar-legar di hadapan kediamanny­a sambil menjerit-jerit.

“Suspek itu menjerit kepada kami serta jiran. Tak lama selepas itu, suspek melarikan diri dengan berjalan kaki apabila ternampak beberapa anggota polis tiba dengan motosikal,” katanya.

Difahamkan, suspek pernah ditangkap polis beberapa kali serta dimasukkan ke penjara kerana melakukan samun terhadap penduduk di kawasan terbabit.

Kebakaran itu berpunca daripada tindakan suspek membakar tayar di hadapan rumahnya sebelum ia merebak ke rumah didiami Mohd Danial yang berada bersebelah­an.

Suspek yang tidak berkahwin tinggal di rumah terbabit seorang diri di atas tanah lot milik keluargany­a yang turut didirikan beberapa rumah lain untuk disewakan kepada penduduk setempat.

Dua rumah lagi yang dilaporkan terbakar tidak berpenghun­i.

 ??  ?? MOHD Danial MANGSA bersama cucunya, Muhammad Danish di depan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Kuda.
MOHD Danial MANGSA bersama cucunya, Muhammad Danish di depan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Kuda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia