Harian Metro

BENGIS ACU PARANG

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Lelaki tetak warga emas secara rambang

arah mangsa balik ke rumah

“Balik! balik! balik!” jerit lelaki bersenjata­kan sebilah parang sebelum menikam mati rakan saya yang terjatuh,” kata Shee Boon Hing, 63, saksi kejadian bunuh seorang daripada dua mangsa di pekan Buloh Kasap, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, dua lelaki warga emas, Ku Cheng Liong, 74, Ng Wan Hung, 60, dan maut diserang suspek lelaki berusia 33 tahun

menggunaka­n parang di sebuah kedai kopi dan gerai menjual durian berhampira­n.

Shee berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang juga penjual durian, Ng berbual di gerai berhampira­n kaki lima kedai sebelum didatangi seorang lelaki memegang parang.

“Sebelum itu, kami berdua dimaklumka­n melalui telefon bimbit berhubung tindakan seorang lelaki menyerang dan membunuh seorang lelaki lain di sebuah kedai kopi berhampira­n kawasan ini.

“Kami tidak menyangka pembunuh itu akan muncul di depan kami. Dia dipercayai berjalan kaki ke sini selepas membunuh mangsa pertama,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, penjenayah yang tampil dengan muka bengis kemudian mengarahka­n mereka berdua pulang sambil mengacukan parang.

“Ketika Ng berundur beberapa langkah ke belakang dan cuba menjauhkan diri, dia jatuh telentang di atas jalan raya.

“Saya melihat lelaki itu menghampir­inya dan terus menikam mangsa di dada menyebabka­n saya melarikan diri ke dalam sebuah kedai berhampira­n.

“Tidak lama kemudian lelaki itu ditahan sepasukan anggota polis peronda yang tiba. Saya cuba membantu rakan dan membawanya ke klinik awam di Buloh Kasap, malangnya dia tidak dapat diselamatk­an,” katanya.

Menurutnya, sebelum menaiki kereta, rakannya yang berlumuran darah cuba memungut beberapa wang kertas hasil jualan durian yang berselerak di atas jalan.

“Namun saya menasihati­nya supaya segera mendapatka­n rawatan dan akan membantuny­a mengutip wang itu.

“Saya tidak menyangka rakan baik yang dikenali sejak puluhan tahun lalu mati dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, mereka berdua tidak mengenali lelaki yang menyerangn­ya itu.

 ?? FOTO: AHMAD ISMAIL ?? SHEE
KU
NG ANGGOTA polis mengiringi suspek bagi mendapatka­n perintah reman di mahkamah.
FOTO: AHMAD ISMAIL SHEE KU NG ANGGOTA polis mengiringi suspek bagi mendapatka­n perintah reman di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia