Harian Metro

Satu lesen klon lima bot

-

Kuala Terengganu: Nelayan Vietnam cukup rakus mencuri hasil laut, malah mereka turut menggunaka­n dua bot bagi menarik pukat tunda demi mengaut semua yang ada di dasar laut.

Ia bukan saja merosakkan ekosistem dasar laut, malah turut menyebabka­n hasil laut seperti ikan berkuranga­n secara drastik.

Nelayan tempatan yang mahu dikenali Pok Soh, 50-an, mendakwa pukat tunda digunakan penceroboh itu turut merosakkan unjang serta bubu nelayan tempatan.

“Pukat tunda ini dia punya ‘bisa’ sampaikan syiling 50 sen yang jatuh ke laut pun dia boleh kaut.

“Jadi, bayangkan ikan-ikan yang kecil pun turut dikaut oleh nelayan Vietnam ini hingga menyebabka­n hasil laut terutamany­a ikan semakin berkuranga­n,” katanya ditemui di Jeti Pelabuhan Chendering di sini, semalam.

Menurut Pok Soh, nelayan Vietnam ini menggunaka­n pukat tunda pada siang dan malam, malah semua hasil laut, termasuk ikan kecil, tidak dilepas sebaliknya dibolot untuk dipasarkan.

“Kalau berterusan, bukan saja pendapatan nelayan tempatan terjejas, malah hasil laut pun boleh habis dalam masa empat hingga lima tahun lagi,” katanya.

Pok Soh yang mengusahak­an bot kelas A mendakwa, pendapatan­nya dan ramai lagi nelayan tempatan terjejas akibat hasil tangkapan berkuranga­n.

Katanya, ia disebabkan kemasukan nelayan Vietnam di perairan negeri yang turut berlabuh di Jeti Pelabuhan Chendering.

Rintihan Pok Soh turut disambut seorang lagi nelayan tempatan, Tengku Ibhrahim Tengku Husin, 67.

Tengku Ibhrahim yang sudah lebih 10 tahun menjadikan hasil laut sebagai punca pendapatan berkata, hasil tangkapan ikannya turun secara mendadak berbanding tujuh tahun lalu.

“Dulu banyak ikan, sekarang nak dapat ikan besar memang susah.

“Ada kalanya, turun ke laut pun tak pulang modal malah pemilik bot sukar untuk membayar gaji awak-awak kerana hasil laut sebahagian besarnya dikaut nelayan Vietnam,” katanya.

Menurut Tengku Ibhrahim, kebanyakan bot Vietnam yang masuk turut berlabuh di jeti terbabit kerana mereka mempunyai lesen yang disewa daripada warga tempatan.

“Bot nelayan Vietnam yang masuk ke sini adalah daripada kelas C yang menggunaka­n lesen daripada warga tempatan.

“Pengusaha bot Vietnam ini sanggup bayar bermula daripada RM5,000 sebulan untuk sewa lesen daripada warga tempatan bagi membolehka­n mereka mengaut hasil laut di perairan kita.

“Walaupun bayaran dikenakan tinggi tapi mereka sanggup bayar kerana mereka boleh klon bot yang dilesenkan itu.

“Nelayan tempatan juga pernah terserempa­k dengan bot-bot nelayan Vietnam di laut yang menggunaka­n nombor pendaftara­n bot tempatan. Satu lesen, ada lebih daripada lima bot yang diklonkan nelayan Vietnam,” katanya.

Menurut Tengku Ibhrahim, tidak hairan jika nelayan Vietnam sanggup membayar harga tinggi untuk menyewa lesen kerana mereka boleh mengaut keuntungan daripada setiap bot yang diklon.

Tengku Ibhrahim berkata, bot asing terbabit turut dibenarkan berlabuh di pelabuhan terbabit bagi menjual ikan kepada pemborong tempatan.

“Bagaimanap­un, mereka hanya jual ikan-ikan yang murah seperti ikan baja dan sebagainya di pelabuhan ini.

“Mereka jual ikan sekadar untuk mendapatka­n wang untuk mengisi minyak yang disediakan di pelabuhan ini.

“Manakala, ikan yang mahal dan besar dijual kepada kapal-kapal asing di tengah laut selain di bawa balik untuk dijual di negara mereka,” katanya.

Menurut Tengku Ibhrahim, dia bersama nelayan serta penduduk juga sudah banyak kali membuat aduan berhubung kegiatan nelayan Vietnam terbabit kepada pihak berkuasa tetapi sehingga kini tiada tindakan.

“Kami harap Jabatan Imigresen Malaysia dapat memantau warga Vietnam ini. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan terhadap warga tempatan yang menyewakan lesen kepada kapal asing ini.

“Tindakan mereka menyebabka­n banyak bot-bot asing menceroboh untuk membolot hasil laut di perairan negara dengan menggunaka­n bot klon,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Ibhrahim
TENGKU Ibhrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia