Harian Metro

Lebih 40 bot nelayan asing di Jeti Pelabuhan Chendering

-

Kuala Terengganu: Dianggarka­n lebih 40 bot nelayan asing terutamany­a Vietnam berlabuh Jeti Pelabuhan Chendering di sini. Malah, jumlah itu lebih banyak daripada bot nelayan tempatan yang hanya terdapat sekitar 20 bot termasuk yang rosak.

Perkara itu didedahkan oleh nelayan tempatan kepada wartawan Metro Ahad yang melakukan tinjauan di kawasan terbabit.

Difahamkan, semua bot yang digunakan nelayan asing terbabit adalah daripada Kelas C dan ia lebih besar daripada bot nelayan tempatan yang rata-ratanya Kelas A dan B.

Nelayan tempatan yang mahu dikenali sebagai Salleh, 50-an, mendakwa, kebanyakan bot nelayan Vietnam yang singgah di pelabuhan terbabit menggunaka­n lesen yang di sewa daripada pemegang lesen tempatan.

“Biasanya, pada Jumaat, bot nelayan Vietnam paling banyak singgah di sini (Jeti Pelabuhan Chendering) berbanding hari-hari lain.

“Mereka berlabuh bermula jam 5 pagi untuk menghantar atau menjual hasil tangkapan kepada pemborong tempatan dan mengisi minyak bot.

“Kru setiap bot biasanya antara lima hingga enam membabitka­n awak-awak serta tekong,” katanya ditemui semalam.

Salleh turut mendakwa jumlah bot nelayan tempatan juga semakin berkurang disebabkan pihak berkuasa tidak lagi mengeluark­an lesen untuk bot Kelas B.

“Kebanyakan bot (Kelas B) yang ada kini hanyalah milik pemegang lesen lama saja dan tiada lesen baru dikeluarka­n lagi.

“Difahamkan, hanya bot Kelas C saja diberikan lesen dan tidak ramai nelayan tempatan mampu membeli bot berkenaan kerana tidak mempunyai modal mencukupi.

“Disebabkan itu terdapat warga tempatan yang memohon lesen sebelum menyewakan­nya kepada nelayan asing,” katanya.

 ??  ?? JENIS bot yang digunakan nelayan Vietnam semasa tinjauan Metro Ahad di Pelabuhan Perikanan Chendering, semalam.
JENIS bot yang digunakan nelayan Vietnam semasa tinjauan Metro Ahad di Pelabuhan Perikanan Chendering, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia