Harian Metro

Mat motor ‘wajib’ cuci mata

-

Ampang Jaya: Jaja tubuh semurah RM30. Malah lebih menggusark­an apabila pelanggan yang mendapatka­n khidmat mereka turut membabitka­n kalangan belia ‘mat motor’.

Aktiviti homoseksua­l dilakukan pelacur ‘nomad’ itu kian menggusark­an selepas kawasan berkenaan menjadi tempat golongan muda melepak ‘cuci mata’ sambil mencuba nasib.

Berdasarka­n tinjauan dijalankan wartawan selama tiga hari, kumpulan pelacur terbabit menjadikan beberapa bilik di tingkat atas rumah kedai berhampira­n sebagai ‘sarang’ melayan pelanggan.

Rata-rata mereka yang ditemui mengaku datang dari luar daerah ini dan hanya berada di lokasi di Pandan Indah di sini, pada waktu malam hingga jam 5 pagi.

Paling menggusark­an apabila 60 peratus pelanggan yang dilihat berurus niaga dengan kumpulan pelacur terbabit adalah golongan muda yang muncul secara berkumpula­n atau datang bersendiri­an selain lelaki warga asing.

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan turut cuba mendekati kumpulan pelacur terbabit yang dilihat turut berkeliara­n berhampira­n sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Wartawan: Dah lama ‘kerja’ sini? tiap-tiap malam ke lepak sini?

Pelacur: Dekat tiga bulan. Memang selalu ada kawasan ini. kenapa tanya? minat?

Wartawan: Tinggal dekat atas ke? (sambil menunjuk tingkat atas rumah kedai empat tingkat berhampira­n).

Pelacur: Sewa bilik je dekat sini. Setiap seorang pelanggan kena bayar caj tambahan RM10 untuk sewa bilik.

Wartawan: Ramai ‘anak ikan’ (golongan belia) datang sini selalu?

Pelacur: Selalu...tapi diorang minta diskaun..RM50 tak mampu katanya...kita bagilah harga boleh runding RM30.

 ??  ?? SEORANG pelacur menunggu pelanggan di kaki lima kedai.
SEORANG pelacur menunggu pelanggan di kaki lima kedai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia