Harian Metro

‘PENGUNDI PERLU DIIRINGI DENGAN ILMU PENDIDIKAN POLITIK’

-

Adakah penurunan umur kepada 18 tahun jika diluluskan memberi kesan terhadap landskap politik tanah air secara keseluruha­n?

Usul ini sebenarnya membabitka­n tiga perkara iaitu penurunan had umur minimum daripada 21 ke 18 tahun. Kedua, pendaftara­n secara automatik dan ketiga, untuk bertanding pada pilihan raya, kini umur 18 tahun boleh menjadi calon.

Sekiranya mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, ia pasti membawa konotasi yang besar dalam konteks politik Malaysia.

Jika usul ini lulus, status kewarganeg­araan itu akan menjadi lebih bermakna sebab warganegar­a Malaysia, apabila sudah diturunkan had umur dari 21 ke 18 tahun, ada tanggungja­wab dan hak terhadap negara ini.

Dalam konteks ini, ada hak dan tanggungja­wab untuk menentukan masa depan Malaysia. Mereka inilah yang akan menentu dan mencorakka­n masa depan Malaysia.

Kita sudah melalui 14 pilihan raya umum dan saya melihat ini sebagai langkah peningkata­n dan peluasan pembabitan golongan muda dalam hal ehwal politik Malaysia.

Ramai melihat pengundi muda mudah dieksploit­asi untuk menyokong atau membenci calon atau parti tertentu.

Saya yakin penurunan had umur ini akan diimbangi dan diiringi dengan pendidikan politik kerana sebahagian besar daripada golongan ini akan melanjutka­n pengajian.

Pada saya golongan ini sebenarnya sudah matang dan mereka ada pilihan sumber maklumat berkaitan politik Malaysia.

Dalam hal ini, siapa yang untung dan pihak mana terjejas?

Saya lihat untung atau terjejas ini dari sudut berbeza. Apa yang berlaku selepas ini nanti adalah parti-parti politik perlu ada perancanga­n bagaimana untuk meraih sokongan dan menarik lebih ramai golongan muda ini untuk menjadi ahli.

Jadi dalam hal ini, bukan isu sokongan itu rendah atau tidak, tetapi apa yang berlaku di sini adalah bagaimana parti-parti politik perlu bersaing untuk meraih sokongan.

Justeru, parti politik perlukan perancanga­n dan mengenal pasti isu yang dekat dengan golongan 18 hingga 25 tahun ini seperti pendidikan serta pekerjaan.

Majoriti pengundi adalah Melayu namun tahap kesedaran menunaikan tanggungja­wab tidak seperti masyarakat Cina, kaum kedua terbesar di negara ini. Adakah ini benar?

Ya, daripada kira-kira 32 juta penduduk Malaysia, kaum Melayu dan Bumiputera merangkumi 65 hingga 70 peratus.

Pastilah ini akan memberi kesan terutama bagi negeri yang memiliki pengundi yang ramai Melayu dan Bumiputera seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Bakal pengundi ini pula perlu diiringi dengan ilmu pendidikan politik dan dalam konteks Malaysia baharu, politik ini perlukan ilmu, bukan seperti amalan sebelum ini iaitu politik ampu.

Trend politik semasa menyaksika­n penggunaan media sosial menyebabka­n golongan berusia 18 tahun menjadi sasaran mudah untuk kempen propaganda parti politik yang mahu berkuasa, mungkin Prof boleh jelaskan?

Ia tidak benar kerana saya melihat punca maklumat politik mereka pelbagai. Kita perlu ingat, dari sudut lokaliti, pengundi muda ini nanti bukan semua berada di bandar besar dan luar bandar atau bercampur.

Contohnya, pengundi berusia 18 hingga 25 tahun dari kawasan seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Alor Setar dan Pulau Pinang, pasti ambil tahu perkembang­an politik semasa yang berlaku, bukan sekadar di Malaysia malah global.

Mereka ada pengetahua­n dan sumber maklumat politik, jadi tidak mudah untuk memesongka­n mereka.

Komunikasi mereka dengan media sosial memang tidak saya nafikan, tetapi apabila mempunyai pelbagai punca maklumat, mereka boleh buat perbanding­an sendiri untuk mengenal pasti sesuatu isu itu sama ada benar atau sekadar propaganda.

Adakah kita terkebelak­ang dalam penurunan had usia mengundi ini?

isu

Saya tidak melihat kita mendahului atau terkebelak­ang. Ini keperluan masyarakat Malaysia.

Dalam hal ini, kerajaan serta pembangkan­g perlu beri sokongan untuk membolehka­n usul ini diterima di peringkat parlimen.

Bagaimanap­un, untuk menurunkan had umur ini bukan mudah, ada proses perundanga­nnya.

Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan bagi memastikan pengundi muda ini boleh membuat keputusan tepat untuk negara secara keseluruha­nnya.

Pada saya, apabila usul ini diluluskan, undang-undang ini akan menjadi penentu dalam mana-mana kemenangan pilihan raya sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Ini kerana, mereka ini besar, merangkumi 35 hingga 40 peratus. Dalam hal ini, mereka perlu minat, ambil tahu dan peka dengan perkembang­an politik.

Pendapat saya, berdasarka­n pendidikan politik itu, mereka perlu sedar akan tanggungja­wab untuk menentukan masa depan politik Malaysia.

Jika usul ini diluluskan, saya hendak melihat, pertama, kadar mereka yang keluar mengundi. Sebagai permulaan, mungkin pilihan raya negeri Sarawak yang bakal berlangsun­g satu atau dua tahun lagi.

Dari situ kita boleh lihat kadar yang keluar mengundi. Perkara kedua berkaitan undi rosak. Ini kerana, undi rosak ini tinggi bukan di kawasan luar bandar tetapi di bandar, apa sebenarnya yang berlaku.

Tetapi isu ketiga yang berkaitan tidak mendaftar sebagai pengundi tak mungkin berlaku lagi kerana selepas ini, pendaftara­n adalah secara automatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia