Harian Metro

‘Saya tak mabuk’ ‘SAYA DIUGUT’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Erwin Dawson menafikan dia dalam keadaan mabuk dan berjalan seperti orang gila di tengah Jalan Bukit Bintang, di sini.

Ia berikutan munculnya video berdurasi 37 saat yang menunjukka­n pelakon asal Singapura itu kelihatan terhuyung-hayang dalam hujan.

“Ini salah faham. Sebenarnya, saya menjalani penggambar­an untuk video muzik lagu Senang, kolaborasi antara saya dengan penyanyi rap, Atrez.

“Saya sendiri tak pasti siapa merakamkan situasi ini dan bagaimana boleh timbul kenyataan mengatakan saya mabuk,” katanya.

Erwin berkata, penggambar­an itu dijalankan pada awal

Jun lalu.

“Saya pun tak faham, kenapa baru sekarang ada orang nak kongsikan di media sosial dengan kenyataan sebegitu,” katanya.

Kini, video muzik itu masih dalam suntingan dan akan dilancarka­n di YouTube tidak lama lagi.

Zainol dedah rahsia punca gagal hadir ke majlis pertunanga­n Zahirah

Agak lama merahsiaka­n perkara sebenar, pelakon Zainol

Johari Macwilson akhirnya mendedahka­n punca sebenar tidak hadir ke majlis pertunanga­n anak sulungnya Zahirah dengan Aiman Hakim Ridza di Perth, Australia, pada 8 Jun lalu kerana diugut.

Zainol, 61, berkata, dia tidak dapat bersama pada majlis itu kerana terpaksa pulang ke Perlis selepas menerima ugutan daripada bekas suami isterinya berikutan hak penjagaan anak pasangan itu.

“Saya bawa isteri dan anaknya yang berumur enam tahun tinggal bersama di Australia sejak Mac lalu.

“Bekas suaminya tiba-tiba hantar mesej menyoal kenapa membawa anaknya tanpa memberitah­unya terlebih dahulu dan meminta supaya membawanya pulang segera ke Malaysia.

“Jika tidak berbuat demikian, dia buat laporan polis dan sanggup membayar semula tiket penerbanga­n untuk anaknya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pada

Kuala Lumpur: Penyanyi, Muhammad Naim Daniel Baharin, 22, atau Naim Daniel menganggap pertikaian berhubung penghasila­n lagu terbarunya berjudul Sumpah bersama bekas kekasih, Dayana Amerda, 20, selesai.

Naim berkata, dia sudah memberi penjelasan kepada pihak yang sepatutnya dan tidak mahu masalah itu terus heboh.

“Saya tidak mahu pertikaian ini berlarutan memandangk­an kes sudah selesai. Ia masalah peribadi dan tidak perlu dipanjangk­an lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, ibu

Dayana iaitu Aida Daud menerusi Instagram (IG) Story miliknya kelmarin meluahkan kekecewaan apabila Naim mengeluark­an lagu itu peringkat awal, individu terbabit tidak pernah ambil tahu berkenaan nasib dua anak di bawah jagaan bekas isterinya itu walaupun jarak rumah hanya 10 minit perjalanan.

“Pernah berlaku dia tak datang tengok anak kedua selama enam bulan. Jadi saya ambil keputusan bawa isteri dan anak kedua ini ke Perth.

“Manakala anak sulung isteri sudah besar berusia 19 tahun. Dia enggan ikut ke Perth dan tinggal di rumah pusaka keluarga isteri,” katanya.

Zainol berkata, apabila perkara itu diketahui individu terbabit, dia mula bertindak di luar dugaan.

“Tahun lalu, isteri dengan bekas suaminya selesaikan perkara ini di Mahkamah Syariah Kangar untuk mendapatka­n hak penjagaan anak.

“Pegawai Sulh di situ memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada ibunya dan bapa ada hak mengambil hujung minggu. Namun dia mengabaika­nnya dan memberi pelbagai alasan tidak logik,” katanya.

Kata Zainol, dia tidak gentar dengan ugutan individu terbabit, namun memberikan kebenaran kepada isterinya pulang ke Perlis bersama anaknya.

“Saya jelaskan kepada isteri yang saya kena ada di Perth kerana Zahirah nak bertunang. Tapi isteri rasa takut sekiranya dia diapa-apakan bekas suami.

“Namun memikirkan saya yang bawa isteri dan anaknya ke sini, saya akhirnya buat keputusan pulang bersama isteri.

“Sebaik kami sampai ke Perlis, dia datang ambil anak keesokan harinya.

Isteri memberitah­u tugas rutin yang perlu dibuat untuk anak mereka iaitu menguruska­n persekolah­annya pagi dan petang,” katanya.

Zainol memberitah­u, individu terbabit mula berdalih apabila memberikan alasan akan mengganggu tugas seharianny­a.

“Disebabkan itu, kami minta surat pengesahan daripadany­a yang memberikan kebenaran membawa anak kedua ini berhijrah ke Perth dan ia sudah pun diperoleh.

“Insya-Allah ia akan memudahkan lagi proses permohonan taraf penduduk tetap. Surat ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa imigresen Australia,” katanya.

 ??  ?? ERWIN
ERWIN
 ??  ?? JULIANA
NAIM
JULIANA NAIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia