Harian Metro

PERSIAPAN NIKAH HANGUS

- Amir Abd Hamid amir_hamid@ mediaprima.com.my

Walaupun sayu barangan persiapan nikah hangus, niat untuk mendirikan ‘masjid’ itu tetap akan diteruskan seperti dirancang pada 31 Ogos depan.

Menganggap kebakaran rumahnya di Sungai Buaya itu sebagai dugaan awal menjelang pernikahan, mangsa, Suzaini Jusoh, 49, berkata, dia reda dengan apa yang berlaku.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Rabu lalu itu, bahagian hadapan dan rumah mangsa rosak kerana kebakaran itu.

“Ketika kejadian saya berada di bangunan Parlimen kerana bertugas menghantar majikan ke sana.

“Sekitar jam 3 petang saya dapat mesej WhatsApp daripada anak bahawa rumah

kami terbakar,” katanya yang bekerja sebagai pemandu di The New Straits Times

 Lelaki tetap teruskan rancangan pernikahan selepas rumah terbakar

Press (M) Berhad (NSTP) Balai Berita Bangsar.

Bapa tunggal itu bersyukur semua lima anaknya iaitu Nurul Khatijah, 23, Muhammad Fitri, 20, Muhammad Alif Najmi, 17, Faris Hazwan, 15, dan Nurul Khalesya, 7, terselamat dalam kejadian.

Suzaini ditemui, semalam, di rumahnya ketika menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan Briged Sukarelawa­n NSTP yang disampaika­n Pengarang Eksekutif Komersial Harian Metro, Husain Jahit merangkap Pengerusi Penganjur TKHM 2019.

Hadir sama, Pengarang Berita Komersial Harian Metro, Noor Azam Abd Aziz dan Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi.

Suzaini berkata, ketika kejadian anak ketiganya baring di ruang tamu selepas pulang dari sekolah.

“Alif bingkas bangun apabila terasa bahang sebelum mendapati api marak di hadapan.

“Dia cuba padamkan api itu dan dalam masa sama jiran yang menyedari kejadian menghubung­i bomba,” katanya yang masih belum dapat menganggar­kan kerugian serta punca kebakaran.

 ??  ??
 ??  ?? SUZAINI (tengah) menerima sumbangan daripada Pengarang Eksekutif Komersial Harian Metro, Husain Jahit (tiga dari kiri) merangkap Pengerusi Penganjur Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2019 ketika rombongan NSTP menziarah rumahnya di Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
SUZAINI (tengah) menerima sumbangan daripada Pengarang Eksekutif Komersial Harian Metro, Husain Jahit (tiga dari kiri) merangkap Pengerusi Penganjur Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2019 ketika rombongan NSTP menziarah rumahnya di Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia